Oleh : AZMAN JOHAN ARIFFIN
MUNGKIN Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Musa Aman tidak menyedari bahawa beliau ibarat memelihara 'Ular
Tedung Dalam Rumah' jika terus memperkenan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua
Negeri Sabah menyambung perlantikan Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya sebagai
Pengerusi Ko-Nelayan.
Betapa tidak, jika musuh
politiknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah
menjadikan Samsuddin sebagai 'Khadam Politiknya' dengan membeli kesetiaan Ketua
Bahagian UMNO Batu Sapi itu melalui orang kuatnya, Datuk Peter Anthony yang melantik
dirinya sebagai Presiden KDM menggantikan Datuk John Ambrose.
"Inilah budaya songsang
UMNO. Tetapi apa daya kerana laporan polis yang kita buat terhadap pemimpin
UMNO ini yang sebelum ini kita namakan sebagai 'Datuk S' belum diambil sebarang
tindakan lanjut," ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra
Masadi yang menyerahkan maklumat lengkap laporan polis dan SPRM yang dibuatnya
terhadap 'Datuk S' yang sebelum ini menjadi teka teki kepada rakyat Sabah
berhubung Skandal Seks Tergempar berkenaan sebagaimana yang didedahkan Paparazzi
Sabahkini.net.
Menurut Citra, beliau
mendapati Samsuddin atau 'Datuk S' memandu kereta Ninja King berkenaan yang
sebelum ini didaftarkan dengan nombor SS5511U yang dibeli daripada pemilik
pertama Movon Development Sdn.Bhd dan ditukarkan plet nombor baru SAA43L atas
permintaan Samsuddin, sejajar dengan nombor DUN Sekong, N43.
"Sekalipun kereta Ninja
King tersebut adalah kereta terpakai, tetapi kita dapati Shafie telah berjaya
menggunakan Samsuddin untuk kerja politiknya termasuk membantu Shafie memenangi
jawatan Naib Presiden UMNO dan mengumpul Ketua Bahagian UMNO Sabah dalam perjumpaan
rahsia baru-baru ini," dedah Citra yang memaklumkan akan mengumumkan
beberapa pendedahan berhubung penglibatan Samsuddin dalam kes Skandal Penyelewengan
Subsidi Diesel Ko-Nelayan dan rangkaiannya, termasuk penglibatan Datin Pia
dalam Skandal IC Projek.
Buktinya, kata Citra,
pihaknya telah berjaya mengenalpasti Ninja King berwarna Maroon tersebut sering
dipandu dan membawa Samsuddin ketika berada di Sandakan.
Kereta SAA43L kata Citra
didaftarkan atas nama Asli Jati Engineering Sdn.Bhd; syarikat milik Peter
Anthony yang sering digunakan Shafie untuk diberikan projek Top-Up NKRA dan
masih dalam siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu di Universiti Malaysia
Sabah.
siasat hal ini, bagi meamstikan ia benar atau tidak.
ReplyDeleteSetuju, mungkin berita yang salah kita pun tak tau.
Deletekenalah sisat dengan jelas, manatau adalah berita yang salah.
ReplyDeleteharap akan dapat penjelasan yang betul kali ini, janganlah salah tuduh orang.
ReplyDeleteBiar pihak polis dan SPRM menjalankan tugas mereka ke atas laporan ni. kalau dakwaan benar, pasti hukuman setimpal akan dikenakan.
ReplyDeleteBuat saja la report polis. Biar disiasat.
DeleteKalau benar kita harap perkara ini akan disiasat oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan biarkan kes sebegini berterusan.
ReplyDeleteAmalan rasuan patut dibanteras, jangan biarkan saja.
Deletejangan sampai kena saman saja la.. kalau yakin ada bukti2 kukuh, buat saja la laporan polis atau sprm.. bukan laporan sabahkini..
ReplyDelete