Saturday 2 June 2012

TIADA TINDAKAN PADA POLIS TEMBAK NORIZAN



           
Oleh :    AHMAD FADLI KC
             
TIADA tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap ibu tunggal, Norizan Salleh kerana kereta dinaiki mangsa enggan berhenti sewaktu dikejar polis.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman melalui surat kepada Malaysiakini memberitahu, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan sudah dibuat.

"Norizan binti Salleh dibebaskan atas arahan timbalan pendakwa raya. Siasatan turut dijalankan ke atas anggota polis yang terlibat dalam kejadian ini. Pihak pendakwa raya memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka," kata Penolong Pengarah JSJK Mohd Kamaruddin Md Din dalam surat itu.

Norizan (kiri, berbaju kuning), 32 tahun, mendakwa ditembak polis sebanyak lima kali di tangan kanan, dada dan perut pada 30 Oktober 2009 yang mengakibatkan kecederaan serius.

Norizan turut mendakwa patah tulang rusuk ditendang polis selepas merangkak keluar dari kereta.

Lanjutan itu Norizan menyerahkan memorandum protes kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 April 2010 selepas permintaannya menemui Hishammuddin ditolak pada 25 Februari 2010. (MKINI)

9 comments:

  1. Hope that the police will investigate this case and explain why there is no action taken.

    ReplyDelete
  2. Hope that Datuk Seri Hishammuddin will take Norizan's memorandum seriously.

    ReplyDelete
  3. kenapa dia enggan berhenti apabila dikejar polis? pihak polis jg kena perjelaskan mengapa mereka melepaskan tembakan?

    ReplyDelete
  4. Takkan polis tembak tidak bersebab? Kenapa tidak hentikan kereta? Brek rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tiada salah, kereta harus berhenti kalau ada polis tahan.

      Delete
  5. Kita terima apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Tambahan lagi ini ada kesilapan masing-masing. Norizan tidak berhenti ketika polis cuba menahan kenderaan tersebut. Maka ini akan menimbulkan keraguan kepada pihak polis yang bertugas ketika itu.

    ReplyDelete
  6. persoalannya disini, kenapa Norizan tidak menghentikan kenderaan beliau?

    ReplyDelete
  7. siapa tahu, jika pada waktu itu Norizan memecut kenderaan beliau sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain?? bukankah itu lebih bahaya? jika berlaku apa2, polis juga yang disalahkan nanti..

    ReplyDelete