Oleh : AHMAD FADLI KC
TIADA tindakan lanjut akan
diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap
ibu tunggal, Norizan Salleh kerana kereta dinaiki mangsa enggan berhenti
sewaktu dikejar polis.
Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil (JSJK) Bukit Aman melalui surat kepada Malaysiakini memberitahu,
kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan
sudah dibuat.
"Norizan binti Salleh
dibebaskan atas arahan timbalan pendakwa raya. Siasatan turut dijalankan ke
atas anggota polis yang terlibat dalam kejadian ini. Pihak pendakwa raya
memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka," kata Penolong
Pengarah JSJK Mohd Kamaruddin Md Din dalam surat itu.
Norizan (kiri, berbaju
kuning), 32 tahun, mendakwa ditembak polis sebanyak lima kali di tangan kanan,
dada dan perut pada 30 Oktober 2009 yang mengakibatkan kecederaan serius.
Norizan turut mendakwa patah
tulang rusuk ditendang polis selepas merangkak keluar dari kereta.
Lanjutan itu Norizan
menyerahkan memorandum protes kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein pada 1 April 2010 selepas permintaannya menemui
Hishammuddin ditolak pada 25 Februari 2010. (MKINI)
Hope that the police will investigate this case and explain why there is no action taken.
ReplyDeleteHope that Datuk Seri Hishammuddin will take Norizan's memorandum seriously.
ReplyDeletekenapa dia enggan berhenti apabila dikejar polis? pihak polis jg kena perjelaskan mengapa mereka melepaskan tembakan?
ReplyDeleteTakkan polis tembak tidak bersebab? Kenapa tidak hentikan kereta? Brek rosak?
ReplyDeleteKalau tiada salah, kereta harus berhenti kalau ada polis tahan.
DeleteKita terima apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Tambahan lagi ini ada kesilapan masing-masing. Norizan tidak berhenti ketika polis cuba menahan kenderaan tersebut. Maka ini akan menimbulkan keraguan kepada pihak polis yang bertugas ketika itu.
ReplyDeleteKeputusan mahkamah adalah muktamd,.
Deletepersoalannya disini, kenapa Norizan tidak menghentikan kenderaan beliau?
ReplyDeletesiapa tahu, jika pada waktu itu Norizan memecut kenderaan beliau sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain?? bukankah itu lebih bahaya? jika berlaku apa2, polis juga yang disalahkan nanti..
ReplyDelete