Sunday 17 June 2012

WAJAH KEMISKINAN DI AMBANG MERDEKA



GAMBAR yang anda saksikan ini bukanlah sulap atau pondok sementara tetapi 'Bungalow' milik seorang warga emas, MONGKILOU BTE AHMAD, yang terletak lima kilometer dari Pekan Kota Marudu, "Pintu Kemiskinan Sabah".

Beliau sudah menetap di rumah bambu beratapkan daun nipah ini sejak 10 tahun yang lalu. Mongkilou tidak pernah mendapat sebarang bantuan seperti rumah PPRT/E-Kasih atau yang berpatutan sejajar dengan kedudukannya sebagai Anak Jati Sabah yang dijanjikan rumah oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kisah Mongkilou ini mengulangi tragedi sedih seorang balu di Kota Marudu, Rosnia @ Annie Marambal, 36, yang mengharapkan ‘bulan jatuh ke riba’ setelah memohon bantuan melalui program e-kasih.

Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku ‘gejala politik songsang’ apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan, sebaliknya golongan berada mendapat bantuan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan papa kedana.

29 comments:

  1. MONGKILOU BTE AHMAD amat memerlukan bantuan, keadaanya amat daif, bantulah dia.

    ReplyDelete
  2. Yang ini tidak dapat bantuan PPRT, di Sulabayan pula ada 20 rumah PPRT terbiar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengagihan perumahan harus dibuat dengan lebih wajar supaya golongan yang betul-betul memerlukan bantuan diberi bantuan.

      Delete
  3. Dia layak dapat PPRT. Orang yang berkenaan tu, tolonglah atur & tolong dia.

    ReplyDelete
  4. Kasihan..harap bantuan akan segera di salurkan.

    ReplyDelete
  5. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  6. Harap kerajaan segera ambil perhatian.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan harus mempunyai maklumat yang lengkap bagi masyarakat miskin untuk memudahkan perkara ini dapat ditangani.

    ReplyDelete
  8. Masalah kemiskinan bukan sahaja tanggung jawab kerajaan tetapi rakyat sendiri juga harus mencari cara penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing memainkan peranan yang penting. Moga-moga perkembangan ekonomi akan membaiki lagi kadar kemiskinan.

      Delete
  9. Kerajaan akan memberi bantuan yang wajar. Harapkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  10. Rosnia yang hidup bersama tiga anaknya di sebuah pondok usang di Kampung Kandaway, Kota Marudu, adalah bukti jelas berlaku ‘gejala politik songsang’ apabila mereka yang benar-benar memerlukan terus dipinggirkan,

    Harapkan keperluan tidak dipinggirkan khas golongan yang betul-betul memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  11. The mo ney should given to the right people at right time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. people like MONGKILOU should be prioritize in giving aid.

      Delete
  12. Harus memahami keadaan sebenar dan secara mendalam dan mengambil langkah yang wajar. Ini cuma salah satu contoh daro golongan yang begitu ramai.

    ReplyDelete
  13. Tidak payah tunggu wakil rakyat. Yang sudah tahu kewujudan masalah ini, adakah sudah membantu?

    ReplyDelete
  14. the wakil rakyat suppose to turun padang and see the poor condition that the people live in so that they could inform the government to provide assistance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turun padang dan memahami keadaan sebenar dan memberi bantuan yang sepatutnya.

      Delete
  15. The government should take immediate action to help MONGKILOU. I can't she believe she has stayed there for 10 years already without any assistance given..

    ReplyDelete
  16. Kempen membasmi kemiskinan harus diteruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, usaha untuk membasmi kemiskinan harus dibuat sepanjang masa.

      Delete
  17. Golongan ini tidak harus diabaikan, mereka betul-betul kesesakan.

    ReplyDelete
  18. WR dan pemimpin haruslah mengerakkan orang bawahan mereka untuk meneliti setiap masalah yang ada disetiap kawasan. Ini bagi memudahkan pemimpin tahu apa yang perlu dibantu dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  19. warga emas ini harus dibantu bagi membolehkan beliau menjalani kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  20. pemimpin peringkat kampung harus peka terhadap keadaan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin di setiap kampung perlu menjadi mata dan telinga kerajaan dan menyampai kepada kerajaan setiap yang perlu diambil perhatian.

      Delete
  21. Ketua kampung dan JKKK perlu memainkan peranan dalam membantu memohon bantuan kerajaan kepada penduduk kampung yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. entah siapalah ketua kampung dikawasan ni.. patut ketua kampung itu pun ditemuramah sekali..

      Delete
  22. nanti setelah ibu malang ini diberikan bantuan oleh kerajaan, jangan lupa dedahkan juga di media Sabahkini..

    ReplyDelete