Thursday 14 June 2012

WARIS KECAM SADDI KUTUK LAJIM


 


Oleh : KREW SABAHKINI.NET

PENGERUSI Penyelaras Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah (WARIS) kawasan Parlimen Batu Sapi Sandakan, Sapari Idal (gambar) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman yang menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin dalam media baru-baru ini sebagai mengelirukan rakyat Sabah.

Katanya, kenyataan penafian Lajim untuk tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) Isnin lepas tidak menggelirukan rakyat kerana ia sekadar ulasan mengenai pelbagai spekulasi yang mengaitkan diri beliau kebelakangan ini.

""Kenyataan beliau itu hanya satu pengakuan yang beliau masih dalam BN dan tidak menyertai pembangkang. Saya fikir itu tidak akan mencetus kekeliruan kepada rakyat," kata Sapari.

Dalam kenyataan itu, Lajim yang juga Anggota Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincang dan menyelesaikan  masalah rakyat.

"Perkara ini jelas dan sebagai rakyat yang berfikiran matang dan terbuka tentunya tidak timbul soal mengelirukan rakyat Sabah. Tiada apa perkara yang menggelirukan rakyat," ujar beliau.

Menurut Sapari, kenyataan Lajim itu sebaliknya perlu dilihat dan dinilai dari sudut positif  bukannya dipolitikkan dan disensaikan kerana isu yang dibincangkan melibatkan kepentingan rakyat iaitu perubahan kepimpinan, pendekatan serta tindakan bagi menangani masalah rakyat Sabah teutamanya ketika berhadapan dengan PRU ke 13 akan datang.

"Sebagai pemimpin politik dan pemimpin beberapa badan NGO, saya yakin Lajim bukan sahaja menyuarakan masalah ini dalam mesyuarat rasmi parti dan kerajaan, namun sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat beliau berhak menyuarakanya di luar dari forum tersebut. Kita patut menghargai keberanian ini menyuarakan keperluan untuk perubahan kepimpinan bagi menambahbaik perjalanan kerajaan, " tegas  Sapari.

Beliau juga membidas Saddi kerana sebagai pemimpin, dia perlu faham pemimpin berhak menyuarakan masalah rakyat dan tidak terlalu hipokrit mengakui seolah-olah tiada kepincangan walaupun realitinya bukan begitu.

Pada kita, isu dan masalah rakyat perlu diperjuangkan walaupun terhadap pemimpin kurang menyenanginya," katanya.

Sapari menyifatkan ulasan yang dibuat Saddi akan hanya mengeruhkan keadaan, adalah lebih baik beliau memberikan tumpuan kepada kawasan yang beliau wakili (Sukau) kerana masih banyak keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan tersebut terutamanya isu tanah yang tiada penyelesaian dari mempertikaikan kenyataan pemimpin dalam BN sendiri," katanya.

Sapari yang juga Ketua Cawangan Umno Segaliud Bersatu berkata, dari segi fakta sejarah, Sabah perlu mengakui pengorbanan Lajim bersama rakan rakannya sebelum ini yang menyertai Umno telah membolehkan Sabah diperintah oleh kerajaan BN dan nikmatnya bukan sahaja diperolehi oleh rakyat  walaupun belum menyeluruh dan inilah yang perlu diperjuangkan pemimpin politik terutamanya dari BN agar rakyat Sabah tidak jauh ketinggalan dalam arus kemajuan perdana negara.

"Pada saya Lajim adalah pejuang rakyat, kita belum pernah berlaku kes beliau dipukul oleh rakyat di kawasan yang beliau wakili, malah menjadikan wakil rakyat sejak beberapa tahun membuktikan beliau disenangi oleh rakyat membuktikan beliau komited membangunkan rakyat di negeri ini," jelas Sapari.

Menurut  Sapari, kelantangan Lajim dalam menyuarakan masalah rakyat bukan sahaja di kawasan beliau seharusnya tidak dilihat sebagai penentang kerajaan sebaliknya dalam merealisasikan konsep, "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", pemimpin seperti beliaulah  (Lajim) yang diharapkan oleh rakyat di  Sabah agar nikmat pembangunan  kemajuan dan kebajikan  rakyat di negeri ini terus  terbela selaras dengan tanggapan  Sabah sebagai Simpanan  Tetap BN.

"Sebagai pemimpin berjiwa rakyat kita tidak perlu kepada sikap 'yes man" sahaja atau menjadi askar upahan untuk bercakap  demi mempertahankan survival politik peribadi daripada  mempertahankan hak dan kepentingan rakyat keseluruhanya di negeri ini," katanya.

25 comments:

  1. kenyataan Lajim bahawa dia akan terus bersama BN langsung tak mengelirukan rakyat, ia menjelaskan lagi keadaaan sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar kesetiaan Lajim masih bersama UMNO/BN, kita pasti akan melihatnnya bersama pemimpin2 BN pada PRU nanti.

      Delete
    2. Ini akan terbukti semasa senarai nama calon.

      Delete
  2. Lajim hny menyuarakan permasalah rakyat di Beaufort, walaupun dia seperti mengkritik kerajaan, tak bermakna dia ingin keluar dari BN. kini Lajim dah perjelaskan, jadi tak perlu ada lagi kekeliruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN memberikan kebebasan kepada ahlinya untuk bersuara. Tidak semestinya bila ada percanggahan pendapat atau ketidakpuasan hati, individu terus dikeluarkan dari parti.

      Delete
    2. Lajim hanya memberi pendapat beliau sahaja, beliau masih setia bersama BN. Ini hanya cerita2 politik sahaja.

      Delete
    3. Lajim masih loyal kepada BN. Mungkin ini cuma khabar angin yang dibuat oleh pihak yang ingin memecahkan lajim dengan BN.

      Delete
  3. Lajim Ukin should make his statement clear regarding his political stand, whether he will remain with BN or jump ship to PR. Please don't make the people confused.

    ReplyDelete
  4. Although Lajim has denied the allegations that he will leave BN previously, but it is still possible that he will change his mind.

    ReplyDelete
  5. Beliau sudah beri kenyataan beliau yang tidak akan meningal kan BN, jadi perkara ini sudah tidak jadi isu lagi.

    ReplyDelete
  6. Lajim already make himself clear that he will be with BN.

    ReplyDelete
  7. I think the opposition really need Lajim? Otherwise the story about lajim seem never be end.

    ReplyDelete
  8. The people a bit confuse about Lajim now. Should him make himself clear to avoid negative judgement about him?

    ReplyDelete
  9. The people should pay more attention to more important matter like PATI, economy, unemployment etc.

    ReplyDelete
  10. Khabar angin untuk melemahkan kuasa UMNO.

    ReplyDelete
  11. Kenapa pula ada khabar angin berkenaan lajim menyertai parti pembangkang? Lajim telah jelaskan tetapi masih ada khabar angin yang negatif terhadapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim sudah bagi penjelasan dan dia tetap dalam BN.

      Delete
  12. Yang pasti kita perlu percaya kenyataan yang diberikan oleh tuan punya badan sendiri. Itu adalah fakta yang sebenar.

    ReplyDelete
  13. Datuk Lajim perlu lebih jujur dan menjelaskan perkara yang sebenar mengenai diri beliau yang berlaku sekarang ini.

    ReplyDelete
  14. Lajim explains or not, it will always be speculated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebarang khabar angin yang tidak berasas tidak perlulah dipercayai.

      Delete
  15. tidak perlulah panjangkan lagi isu ini. Lajim sudah pun jelaskan pendiriannya.

    ReplyDelete
  16. isu ini sudah terjawab, jadi ianya tidak perlu dimainkan lagi.

    ReplyDelete
  17. WARIS ni parti politik ka? kenapa dia pula yang sibuk masuk campur hal2 politik..

    ReplyDelete
  18. pasal Lajim mahu keluar parti, tidak perlulah disensasikan.. kalaupun dia ada menyimpan niat itu, itu adalah hak beliau.. tidak perlulah ikut cara pakatan yang menyekat kebebasan bersuara dikalangan ahli2nya sendiri..

    ReplyDelete