RASMI…
Pairin bersama kaum wanita menampi beras sebagai simbolik perasmian Pesta
Kaamatan di Kampung Keranaan.
Oleh : ROZIE JUMAT
TAMBUNAN : Generasi muda
perlu diperjelaskan mengenai perubahan dan kemajuan yang dicapai agar
tidak terpengaruh dengan dakyah yang menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa
terhadap pembangunan di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri, Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, jika dibandingkan di masa lalu dan masa kini
banyak yang telah berubah dan kemajuan telah mengambilalih sesuatu kawasan
seperti kawasan luar bandar yang dahulunya serba kekurangan. Malahan ekonomi
penduduk di kawasan luar bandar juga semakin meningkat dan semakin maju.
“Generasi muda harus
diberitahu tentang perubahan yang telah dinikmati oleh kaum kita dan anak-anak
muda harus tahu sejarah perubahan yang berlaku disekelilingnya dan
peluang-peluang yang berada di hadapan mereka,” kata Pairin yang juga Menteri
Pembangunan Infrastruktur ketika merasmikan sambutan perayaan Pesta Kaamatan
Kampung Keranaan di sini.
Menurut Pairin, anak-anak
muda masa kini berada dalam keadaan yang lebih baik dan selesa berbanding 30
tahun yang lalu.
Pembangunan yang dicapai itu
kata Pairin adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan yang memerintah memberikan
perlindungan dan keselesaan kepada rakyat.
“Ada orang datang dengan
idea-idea yang mempersoalkan pembangunan yang di bawa oleh kerajaan. Jika kita
sudah biasa kita tidak lihat perubahan itu, kerana kita telah selesa dengan
keadaan tersebut,” kata Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau.
Oleh itu Pairin menggesa
rakyat untuk menggunakan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan pandangan yang
dijadikan isu oleh pihak pembangkang.
“Kenyataannya telah banyak
perubahan yang berlaku disekeliling kita berbanding di masa-masa lalu, di mana
keselesaan yang dinikmati itu adalah berkat usaha kita bersama selama ini,”
kata Pairin.
Sememangnya, kata Pairin,
semua pihak mahukan kemajuan dan pembangunan malahan pihak kerajaan negeri dan
Persekutuan mempunyai pelan perancangan yang disediakan untuk rakyat yang telah
dan akan terus dilaksana seperti Transformasi Kerajaan dan Sabah Development
Corridor (SDC).
“Hargailah apa yang telah
kita capai atas usaha kita bersama selama ini. Usaha kerajaan harus diambil
berat,” ujar Pairin.
Ujarnya, jika seseorang pemimpin yang berusaha memperbaiki nasib dan
masa depan rakyat haruslah diberi sokongan.
Hadir sama Penyelaras
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Tambunan, Daniel Kinsik; Setiausaha
Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Wilfredoline Jakil, mantan timbalan
speker Datuk Lawrence Gimbang dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tambunan,
Laiwon Dalus.
Mengenai sambutan perayaan
pesta kaamatan Pairin meminta agar perayaan itu dijadikan masa untuk merenung
kehidupan dan masa depan seterusnya.
“Kita renung apa yang
terbaik, yang tidak baik jadikan pengajaran dan elakkan dari berlaku, yang baik
jadikan jambatan dan inspirasi untuk kita melangkah ke hadapan ,” ujar Pairin.
Sabah mmg dah byk berubah, byk kemajuan dan pembangunan dicapai.
ReplyDeleteprojek2 pembangunan seperti SDC, projek Samur, SOGT, agropolitan dan byk lagi pasti akan memacu lagi pembangunan di Sabah.
ReplyDeleteSabahan perlu manfaatkan peluang2 yang wujud dari projek ni.
DeleteProjek yang telah di buat di Sabah telah banyak membantu ekonomi Sabah.
DeletePengurusan projek amat penting untuk membawa Sabah ke arah ekonomi yang lebih pesat. Usaha ini harus berterusan.
DeleteUndeniably there are indeed many progress done by the BN government over the years, although there are still plenty of room for improvements but that does not mean there are no developments at all.
ReplyDeleteHope that the BN government will continue to bring more progress and development to Sabah so that we may achieve an high income state by 2020.
ReplyDeleteSebagai penyumbang utama kelapa sawit negara dan bakal menjadi pengeluar ketiga terbesar di dunia serta pengeluar minyak dan gas sepatutnya Sabah tidak akan memegang gelaran negeri termiskin di Malaysia.
ReplyDeletedengan potensi sumber yang ada, ekonomi Sabah akan terus berkembang.
DeleteSEmemangnya Sabah sudah semakin menbangun, ekonomi juga semkain baik.
ReplyDeletethanks to BN government, Sabah has become what it is now.
DeleteBN has made a lot of positive impact towards sabah. We see various changes in the economy sector.
ReplyDeleteWe see development every where in sabah. However, i think the government should prioritize in developing the rural areas at the moment.
DeletePembangunan harus stabil dan secara keseluruhan.
DeleteLong live BN! I hope the BN government will work harder in order to maintain and/or increase the people support towards them. Whatever issue that were addressed by the people must be immediately taken an action in solving those issue.
ReplyDeleteBanyak pembangunan dan banyak juga kelemahan harus diperbaiki lagi. Teruskan usaha.
ReplyDeleteBn harus memahami kelemahan dan mengambil langkah yang wajar untuk diperbaikinya.
DeleteDengan sumber semulajadi yang banyak, harus juga Sabah akan berkembang selagi pesat.
ReplyDeleteharapan bujet yang banyak disalurkan aka nmembawa Sabah ke peringkat yang lebih berkembang.
ReplyDeleteHow to compare? We should compare across the state for better illustration.
ReplyDeleteUsaha ini harus dikekalkan sebab Sabah masih banyak perlu dimajukan.
ReplyDeleteIndeed BN contributed good development, such effort shall continue to bring Sabah to a greater level.
ReplyDeleteSemoga perkembangan ekonomi dapat membaiki masalah kemiskinan dan pengangguran.
ReplyDeleteharap ekonomi negeri ini akan terus berkembang dengan pesat.
DeleteMengenai kemajuan itu rasanya memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun yang pasti kerajaan harus memberikan tumpuan juga dikawasan pendalaman juga.
ReplyDeleteTeruskan menyokong kerajaan yang mampu memberikan yang terbaik kepada Sabah. Semoga rakyat akan terus membuat penilaian yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteAccording to Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir at the Dewan Rakyat, Sabah pulled in the highest amount of private investments in the first quarter this year. This shows that investors are confident with BN and CM Musa's leadership.
ReplyDeleteteruskan usaha untuk membangunkan rakyat dan negeri ini.
ReplyDeleteharap usaha pembangunan akan berterusan bagi menjadikan negeri ini lebih membangun lagi.
ReplyDeletememang banyak kemajuan yang dicapai sepanjang BN memerintah negeri ini.. kalau mahu buat perbandingan, bandingkan saja dengan negeri kelantan yang lebih 20 tahun ditadbir oleh PAS..
ReplyDeletenamun, walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai, ada banyak juga masalah2 yang perlu diselesaikan..
ReplyDeleteSince the launch of the Sabah Development Corridor (SDC) in 2008 and as of June 30 this year, Sabah has attracted planned and committed investments of RM112.8bil.
ReplyDeleteThe new investments include those by Annam Corp, a subsidiary of the Brunei Investment Agency.
ReplyDeleteMusa said Sedia, which was steering the implementation of various SDC projects had sealed a heads of agreement (HOA), with Annam on June 16.
ReplyDeleteHe said the Jejak Teraju programme launched on June 5, was aimed at among others, enhancing the participation of bumiputras in the SDC's projects.
ReplyDeleteThe programme is also aimed at faciliting interested bumputra entrepreneurs in Sabah to access advisory services on the use of the RM100mil special fund.
ReplyDelete“I am told that Sedia is now working with BiotechCorp to venture into the biotechnology industry in Sabah. For a start, both will sign a memorandum of cooperation, which will outline the scope of work to be undertaken, ” he said.
ReplyDeleteHe said all the flagship projects, including the Lahad Datu and Sandakan POIC, the Sandakan Education Hub, Keningau Integrated Livestock Centre, the Agro-Industrial Precinct, Oil and Natural Gas Cluster, Marine Industry Cluster, Kinabalu Gold Coast Enclave and Agropolitan Project, were now in various stages of implementation while infrastructure projects had been successfully completed.
ReplyDelete