Friday 16 November 2012

20 BERSAING DI FESTIVAL BAGANDANG





Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
           
KOTA KINABALU: Lebih 20 kumpulan dijangka mengambil bahagian dalam Pertandingan Bagandang sempena Festival Bagandang Beaufort 2012 yang akan diadakan di Tapak Tamu Beaufort, bermula 22 hingga 25 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klias, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun berkata, Pertandingan Bagandang tahun ini terbahagi kepada sembilan kategori secara berkumpulan dan solo yang mewakili pelbagai suku kaum dalam DUN Klias, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut.

"Johan bagi kategori berkumpulan akan menerima wang tunai RM1,000. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM700dan 500-ringgit.Bagi kategori solo pula, johan akan menerima wang tunai RM300, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM200 dan RM100," katanya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Penaung festival itu berkata demikian ketika ditemui Pemberita RTM selepas menjadi tetamu Program Dairi YB terbitan SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kota Kinabalu.

Beliau berkata,pelbagai aktiviti lain yang menarik akan turut diadakan, antaranya Pertandingan Seni Silat, sukan rakyat, Sabah Idol dan Pertandingan Ratu Bagandang dan Fesyen serta persembahan Bagandang dari Negeri Sembilan, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Sehubungan itu beliau menjemput orang ramai khususnya di kawasan sekitar Beaufort  hadir bagi memeriahkan festival berkenaan.

No comments:

Post a Comment