Tuesday 27 November 2012

ORANG KURANG SIUMAN DI TEMPAT AWAM





ORANG kurang waras ataupun orang kurang siuman semakin bertambah-tambah, bukan sahaja di sekitar Kota Kinabalu, malah di pekan-pekan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Walaupun kebanyakan mereka ini tidak begitu berbahaya, tetapi tetap juga menakutkan orang awam dengan cara mereka berpakaian dan penampilan mereka yang sama sekali tidak terurus.

Hairannya, kebanyakan orang kurang siuman ini adalah dari kalangan pendatang asing. Kadangkala orang kurang siuman ini pandai pula meminta wang dari orang awam atau mereka akan duduk di kedai-kedai kopi mahupun restoran untuk meminta makanan ataupun minuman.

Mereka juga akan duduk berjam-jam dalam kedai kopi dan ini juga akan menganggu serta menjejas pandangan dan perniagaan orang awam. Disebabkan penampilan mereka akan membuatkan orang awam merasa takut untuk duduk bersama-sama dengan orang kurang siuman ini.

Ada juga kelihatan mereka ini yang tidur atau berehat di mana-mana sahaja sama ada di depan-depan kedai, tepi pasar, taman-taman bunga ataupun di bangku-bangku yang tersedia di sekitar bandaraya.

Pemandangan ini juga sangat buruk dan menjejaskan kujungan para pelancong luar dan dalam negeri. Apakah tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak keluarga mahupun kerajaan negeri untuk menempatkan mereka-mereka ini di tempat yang sesuai atau yang sepatutnya supaya kehidupan mereka ini akan lebih terjaga dan terurus dengan lebih baik lagi? (DAP Media)

No comments:

Post a Comment