KENANGAN.....Azizah
dan Asniah merakamkan gambar kenangan sebelum Majlis Anugerah Nadi Negara
Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang disampaikan sempena Perhimpunan Agung Umno
2012 PWTC Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berasa
bangga terhadap kejayaan anak jati Sabah, Asniah Udin, 24 yang mendapat
Anugerah Nadi Negara Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang disampaikan sempena
Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini.
Azizah yang juga Exco Wanita
Umno Malaysia itu berkata kejayaan Asniah yang berasal dari Lahad Datu itu
membuktikan bahawa semua rakyat di negara ini mampu mencapai kejayaan tanpa
mengira dari mana mereka datang.
“Saya amat bangga kerana ini
salah satu pengiktirafan kepada pelajar dan juga penduduk Negeri Sabah. Semua
rakyat negara ini berpeluang mencapai kejayaan asalkan mereka terus berusaha
dengan gigih tidak kira dari mana mereka berasal dan apa keturunan dan
kebudayaan mereka.,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan Ketua Pergerakan Wanita
Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Azizah yang juga Exco Wanita
Umno Malaysia seterusnya berharap agar semua pelajar-pelajar dapat meningkatkan
usaha dari masa ke semasa bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan lebih
cemerlang dan seterusnya mampu menyumbang dalam pembangunan negara.
Semantara itu Asniah yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan pendidikan dengan Sains Sosial Major
Sejarah I darUniversiti Malaysia Sabah (UMS) itu berkata beliau sangat
berterima kasih kepada Wanita Umno kerana di atas penganugerahan yang
diterimanya itu.
“Saya berasa gembira dan
dalam kesempatan ini saya merakamkan ucapan terimae kasih kepada Wanita Umno
yang memberi pengiktirfan atas kejayaan saya dalam bidang akademik dan
ko-kurikulum. Saya berharap dengan anuergah seperti ini ianya akan memberi
inspirasi kepada pelejar lain untuk mencapai kejayaan secara seimbang demi
memastikan ketrampilan diri dapat direalisasikan,” katanya yang kini bertugas
sebagai Pembantu Penyelidikan di UMS Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment