Sunday, 25 November 2012

PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DISEMBER INI?





KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. (Bernama)

1 comment:

  1. Ayo Daftar Sekarang, Nikmati Freechip Berlimpah Setiap Hari... Join Disini Banyak Jenis Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.

    ReplyDelete