Tuesday 27 November 2012

SIAPA PEROMPAK TANAH SEBENAR?




           

Saudara Pengarang,

SAYA adalah ahli UMNO seumur hidup yang berasal dari Beluran, Sandakan tetapi kini bermastautin di Kota Kinabalu, Sabah. Semasa konvensyen PKR di Star City pada 24 November 2012, saya mengambil kesempatan untuk melihat suasana konvensyen dan secara ikhlas saya juga adalah peminat Dato' Sri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu.

Ketika Konvensyen PKR berlangsung, saya telah mendengar ucapan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Mohd Serman Hassnar; antara intipati ucapannya berbunyi, "belum pilihanraya lagi PKR sudah menang" dan "Bila PKR menang, PRU Ke-13 ini, kita hapuskan perompak-perompak TANAH dari kalangan pemimpin UMNO."

Kata-katanya membuat saya terkesima dan berfikir secara serius selama dua hari mengenai isu 'Perampas Tanah' dan saya bertanya kepada diri saya sendiri, kenapa Ketua AMK ini tidak menjelaskan kepada para perwakilan perkara yang sebenarnya bahawa bapa beliau itu HASSNAR @ ASAINAR IBRAHIM adalah PEROMPAK SEBENAR tanah-tanah Anak Negeri Sabah @ Bumiputera, khususnya di Daerah Beluran.

Siapa tidak kenal Hassnar Ibrahim, bukan sahaja di kalangan Bumiputera di Sandakan, bahkan orang Cina pun amat benci terhadap nama Hassnar ini.

Kalaulah pemimpin PKR seperti Dato' Sri Anwar ini tahu perkara yang sebenar-benarnya, iaitu bahawa orang Sabah sangat tidak suka kepada Hassnar Ibrahim ini; sudah pasti pimpinan PKR Pusat tidak akan mengambil anaknya sebagai Ketua Angkatan Muda Sabah.

Malangnya perkara ini sudah menjadi isu di Beluran dan Sandakan amnya; maka sudah pastinya akan menjadi penyebab utama yang boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada PKR yang sedang membara ketika ini.

Ramai ahli AMK dan PKR kecewa kerana PKR hanya mampu menjual ikan buruk kepala?

Salam Hormat,

UMNO BELURAN

No comments:

Post a Comment