Tuesday 27 November 2012

KERAJAAN WAJAR PECAT OSMAN JAMAL?





WAWANCARA….Jamaluddin sedang ditemubual oleh Sabahkini.Net mengenai kes Tanah Koyah A yang semakin rumit.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SITI MELOR

JANGAN persalahkan 400 pemilik Tanah Sungei Koyah A Fasa I, II dan III  sekiranya mereka tidak mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan Kinabatangan pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti jika pihak kerajaan gagal menyelesaikan kes penipuan tanah tersebut.

Dalam hal ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau dan Ahli Parlimen Kinabatatangan harus campur tangan dalam usaha mendesak Pengarah Tanah & Ukur, Datuk Osman Jamal supaya menyelesaikan kes penipuan yang berpunca daripada kecuaian Jabatan Tanah.

"Kita khuatir, sekiranya 400 pemilik tanah tersebut yang merupakan pengundi dan penyokong tegar BN/UMNO berpaling tadah sekiranya kes tanah ini tidak dapat di atas segera menjelang PRU 13 nanti," kata seorang mangsa, Jamaluddin @ Jamal Sinyor dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net di City Club Batu 3, Jalan Utara Sandakan pagi kelmarin.

Sebagai mengulas beberapa kenyataan media yang telah disiarkan sebelum ini di Sabahkini.net, Jamal  meminta Wakil Rakyat BN tidak terlalu memandang remeh  kes tanah Sg Koyah A yang kini semakin rumit kerana boleh menjejaskan nama baik kerajaan BN yang memerintah sekarang; di samping boleh mengundang rasa kebencian  400 orang pemilik tanah terhadap kepimpinan BN pada PRU 13 nanti.

Perbuatan serong seorang penjawat awam yang dilantik kerajaan negeri, Abdullah Japar yang didapati menipu Noraini Nahar dan Satta Ungi dengan subahat Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri yang sengaja melalambat-lambatkan penyelesaian kes tanah; telah menjejaskan nama baik kerajaan BN sewajarnya disusuli dengan perletakan atau pemecatan jawatan mereka.

“Kami mendapat tahu daripada Setiausaha Fordeco Sdn Bhd yang bernama Salmah bahawa Osman Jamal sering berjumpa dengan Alvin Kwan Ngen Wah iaitu Pengarah Urusan syarikat tersebut. Kita tidak tahu untuk tujuan apa. Keadaan inilah meragukan kami selama ini," ujar Jamal yang mengesyaki berlaku amalan rasuah.

Sehubungan itu, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan berkenaan, mendesak agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti penglibatan Osman Jamal dalam kes berkenaan.

“Walaupun tertipu, tetapi tetap setia kepada BN tetapi denga satu syarat iaitu selesaikan kes penipuan ini secara saksama agar kami mendapat kembali hak kami kerana ramai akan berpaling tadah menjelang PRU-13," kata Jamal yang memaklumkan kesabaran mereka ada batasnya.

No comments:

Post a Comment