KUALA LUMPUR : Bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan UMNO 2012 sebagai lebih
kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta UMNO secara keseluruhannya
telah siap sedia untuk ‘berperang’ menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Saya kagum dengan semua
perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih
bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun
Razak) berucap.
“Saya nampak semangat pada
perhimpunan kali ini lebih kuat… bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum
ini,” katanya selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat
Dagangan Dunia Putra di sini, kelmarin.
Dr Mahathir yang kelihatan
segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada
tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.
“Beliau (Najib) telah
menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh
parti-parti pembangkang terhadap UMNO,” katanya.
No comments:
Post a Comment