By : MAHATHIR HAROUN
TERTARIK.......
Awang Tengah tertarik melihat sistem ‘Electro Chlorination in MTP’ yang
diperkenalkan Solidam Sdn Bhd pada Persidangan dan Pameran Air dan Air Kumbahan
Borneo, semalam.
KUCHING: Kerajaan negeri
akan meneruskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada rakyat meskipun
menghadapi kekangan dari segi geografi, perhubungan dan penduduk yang tinggal
secara berselerak.
Menteri Perancangan Sumber
dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara usaha
yang diambil termasuk meneruskan pembinaan takungan, empangan dan pemindahan
air mentah.
Menurutnya, pada masa sama,
sistem bekalan air alternatif juga dilaksanakan untuk memenuhi keperluan penduduk
terpencil yang ti-dak dapat disambungkan de-ngan air graviti.
“Peranan operator air dan
profesional juga diperlukan untuk memastikan teknologi terkini dapat
diperkenalkan dalam menyalurkan air bersih kepada rakyat dengan me-menuhi
standard antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan dan
Pameran Air dan Air Kumbahan Borneo (BWWE) 2012 di sini, semalam.
Awang Tengah berkata,
kerajaan juga sedang menjalankan kajian pelan induk untuk memastikan sumber air
dibangunkan sejajar amalan antarabangsa seperti peng-urusan sumber air
bersepadu (IWRM) dan pengurusan takungan sungai bersepadu.
“Setiap usaha perlu dijalankan
agensi berkaitan untuk memastikan sumber air kita diuruskan dengan baik dan
efisien,” ujarnya.
Dalam pada itu, Awang Tengah
menjelaskan, kerajaan negeri turut mewartakan kawasan hutan yang luas untuk
tadahan air.
“Ia termasuk kawasan di
bawah hutan terlindung se-penuhnya dan taman negara,” jelasnya.
Pada majlis tersebut,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diumumkan sebagai penerima Anugerah
Kecemerlangan Industri Air Pehin Sri sekali gus membawa pulang hadiah wang
tunai RM10,000.
Hadir sama Menteri Muda
Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri Muran, Men-teri Muda Perancangan Sumber
dan Alam Sekitar Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Alam Sekitar Datu
Len Talif Salleh.
Sementara itu, bercakap
kepada pemberita selepas majlis, Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA) Ahmad
Zahdi Jamli berkata, Akademi Air Malaysia (MyWA) hanya akan diwujudkan di
negeri ini selepas perbincangan ter-perinci dijalankan bersama operator air.
Beliau berkata, maklum balas
daripada operator air penting untuk memastikan penubuhan MyWA mendapat sambutan
menggalakkan di Sarawak.
Menurutnya, sekiranya
mendapat maklum balas positif daripada operator air, ia mungkin akan diwujudkan
di Kuching.
“Kita memang berharap dapat
mewujudkan akademi (MyWA) di negeri ini. Ia penting untuk memastikan operator
air (Sarawak) dapat terus meningkatkan pembangunan kapasiti,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun
MyWA belum diwujudkan di negeri ini, namun dua program melibatkan operator
rawatan air dan operator rekaan rawatan air diperkenalkan.
“Bermula hari ini (semalam)
kita memperkenalkan dua program untuk pengambilan pelajar di negeri ini,”
ujarnya.
Zahdi menjelaskan, MyWA
ditubuhkan untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan sumber manusia dalam
industri air dan air kumbahan.
“Pada masa sekarang adalah
penting untuk memiliki sumber manusia berkualiti ke-rana industri ini (air dan
air kumbahan) memerlukan pakar,” jelasnya.
Beliau berkata, sekarang
MyWA mengendalikan bebe-rapa program yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya
Air Kebangsaan (SPAN).
“Apabila sudah diiktiraf,
setiap operator air perlu menghantar tenaga kerja bagi meningkatkan kualiti dan
memastikan pembangunan kapasiti dapat dibuat,” kata Zahdi.
Beliau menambah, pada masa
ini MyWA hanya mengendalikan kursus jangka pendek namun pada masa akan datang
beberapa program peringkat diploma akan diperkenalkan.
“Sejak penubuhannya empat
tahun lepas, MyWA mempunyai lebih 500 pelajar yang telah menamatkan pengajian,”
tambahnya. (UB)
No comments:
Post a Comment