Oleh
: ABDUL RAHIM SABRI
SEORANG perwakilan
mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran
parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan
kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.
Perwakilan Pemuda Umno Datuk
Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan
kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.
"Dalam soal kuasa,
sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air. Umno dah diberi
amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan
daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu,
memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.
Dalam ucapannya, Reezal
turut mempersoalkan gelaran 'Musyidul Am' yang diberikan PAS kepada pemimpinnya
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gelaran 'mursyid' itu
bermaksud 'petunjuk', tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran
bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.
"(Sebaliknya) ini
'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat
Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.
Turut menjadi sasarannya
ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'pengkhianat' atas
beberapa kenyataan Ketua Umum PKR itu yang didakwanya menyokong keselamatan
Israel.
"Barack Obama, David
Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan)... Tidak ada keluar melainkan Ketua
Pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.
No comments:
Post a Comment