Tuesday 27 November 2012

SKUAD SAYANG PELOPOR KERJA SUKARELAWAN





KUALA LUMPUR : Skuad Sayang Plus 1Malaysia yang dianggotai kumpulan pelajar universiti sebagai sukarelawan, dilancarkanIsnin malam oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Skuad Sayang Malaysia.

Skuad ini ialah sayap kepada Skuad Sayang Malaysia yang merupakan pasukan kesukarelawan dan kebajikan Wanita Umno serta Wanita Barisan Nasional bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Rosmah berkata penglibatan pelajar universiti dalam program sukarelawan ini memperlihat kerelaan semua pihak untuk berganding bahu memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

"Semangat sebegini menggambarkan wajah masyarakat kita yang hidup bersatu dalam menyokong usaha-usaha perpaduan yang murni demi merealisasikan konsep 1Malaysia," katanya dalam ucapan melancarkan Skuad Sayang Plus 1Malaysia di sini.

Rosmah berharap skuad itu, dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan kebajikan kepada masyarakat, akan memastikan orang ramai dapat merasakan kehadiran skuad itu dan bantuan yang dihulurkan.

eliau mengalu-alukan kerjasama pintar yang diwujudkan antara Skuad Sayang dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar universiti.

Dengan tahap kerjasama yang dikenalpasti semua pihak terlibat, ia akan memastikan sasaran dan penyampaian bantuan akan lebih berkesan serta efisien sama ada dalam bentuk wang tunai, keperluan asas, kelengkapan hidup atau khidmat nasihat, katanya.

Isteri perdana menteri turut menggesa GLC, NGO dan sektor korporat yang prihatin terhadap kepentingan masyarakat, supaya tampil memberikan kerjasama, membantu meringankan beban rakyat bersama Skuad Sayang Plus 1Malaysia. (Bernama)

No comments:

Post a Comment