RASMI...Ronald
memotong riben sebagai simbolik merasmikan Mini Dewan Kampung Lumou, di Telupid.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TIMBALAN Speaker Dewan
Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menyifatkan kenyataan Pengerusi Star Sabah, Datuk Jeffry Kitingan bahawa Keningau akan dijadikan pusat Pentadbiran
Negeri Sabah sekiranya parti itu diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 nanti sebagai
angan-angan 'Mat Jenin'.
"Kenyataan Jeffry itu
disifatkan sebagai angan-angan Mat Jenin kerana mustahil daerah sekecil itu
boleh jadikan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Jadi Kota Kinabalu mahu dibuat
apa? Jefrry sebenar terlalu berangan-angan tinggi yang tidak boleh diterima
akal, mungkin sudah ketandusan idea,” tegas Ronalod yang juga Ahli
Parlimen Malaysia (Beluran).
Katanya, sama juga cita-cita
Jeffrey untuk mengalahkan abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kerusi
Parlimen Keningau pada PRU-13.
"Sejak kebelakangan
ini, ternyata Star Sabah terutama Jeffrey terdesak untuk meraih simpati undi
hingga terpaksa menabur janji yang tidak munasabah. Ini berikutan sambutan
rakyat Sabah kepada parti pembangkang yang kini berkurangan," katanya.
Berucap pada Majlis
Perasmian Mini Dewan Kampung Lumou, dekat sini, kelmarin, Ronald menyifatkan
Jeffrey membuat kenyataan itu bagi meningkatkan harapannya untuk memenang kerusi
Parlimen Keningau dan kerusi DUN Bingkor pada PRU-13 kelak.
"Selepas ini akan ada
lagi pemimpin pembangkang yang lain membuat beberapa kenyataan yang tidak
munasabah termasuk akan menjanjikan pusat pentadbiran negeri Sabah di kawasan
mereka, semata-mata untuk menang kawasan masing-masing," katanya.
Menurutnya, kenyataan untuk
mengalihkan pusat pentadbiran negeri ke Keningau akan menyebabkan pembangunan
dialihkan ke daerah tersebut dan ini akan mengurangkan peruntukan bagi kawasan
lain termasuk Beluran.
Katanya, mungkin nanti akan
ada pemimpin yang menyokong parti pembangkang menjanjikan ibu negeri Sabah
dialihkan ke daerah lain semata-mata untuk meraih pengaruh politik mereka di
kawasan itu.
Sehubungan itu, Ronald
meminta rakyat tidak terpedaya dengan janji pemimpin parti atau pertubuhan
pembangkang itu yang hanya bersifat untuk meraih sokongan mereka.
"Kita harus mengambil
iktibar apa yang berlaku di negeri Selangor apabila janji kerajaan pembangkang
Selangor yang mahu memberi RM100 sebulan untuk ibu tunggal tidak ditunaikan sehingga
menyebabkan lebih 2,000 ibu tunggal di sana terpaksa mengemukakan saman pada
kerajaan PKR Selangor itu," katanya.
Beliau berkata tidak seperti
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab
dengan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat.
"Kita tabur janji untuk
ditepati sebab itu BN tidak menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk
meraih undi rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment