Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
PRESIDEN Umno Datuk Seri
Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
didakwanya bukanlah 'pengurus ekonomi yang cekap' sewaktu krisis ekonomi yang
melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.
Najib mendakwa Anwar yang
menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bagi
menangani krisis ekonomi ketika itu.
"Tindakan beliau memotong
perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan
pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan
kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.
"Orang ini memang
selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat
dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan
orang Islam, lain pula ceritanya.
"Semasa bersama kita
dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala
pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.
Beliau berkata demikian
sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka
PWTC pagi kelmarin. (MKINI)
No comments:
Post a Comment