Monday 26 November 2012

48 CALON BEBAS GUNA LAMBANG KELAPA SAWIT






LAMBANG......Abdul Kadir menunjukkan lambang Pokok Sawit yang mewakili Badan Penaja Calon-Calon Bebas Sabah.

Oleh: SHERBANU DEWI ABD.GHANI

LAHAD DATU: Badan Penaja Calon-Calon Bebas Sabah telah membuat keputusan menggunakan lambang pokok kelapa sawit sebagai lambang badan tersebut dalam PRU13 yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Badan tersebut menyifatkan bahawa lambang ini lebih sesuai di mata rakyat kerana kelapa sawit adalah komoditi yang amat bernilai di negara ini dan di peringkat antarabangsa, malah Sabah adalah pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia.

Ketua badan itu, Datu Haji Abdul Kadir Bin Datu Haji Tahir pada malam Khamis berkata, sehubung dengan keputusan tersebut, pihaknya akan menyerah permohonan ini kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia di PutraJaya dalam masa terdekat.

“Saya telah berjumpa dengan 48 calon bebas yang telah kami senaraikan di Kota Kinabalu pada 19 November lalu, kesemua mereka telah menerima cadangan lambang ini dan menyerahkan kepada saya selaku pengerusi Badan tersebut membuat permohonan bagi memudahkan persediaan untuk menghadapi PRU13,” katanya.

Menyentuh perjumpaan tersebut, Abdul Kadir berkata ia diadakan bagi mencapai persetujuan supaya mengadakan kerjasama dan persefahaman calon-calon bebas melalui Badan Penaja ini.

“Dulu calon bebas hanya berdasarkan kemampuan sendiri, namun sekarang mereka ada Badan Penaja membantu mereka, kali ini semua calon bebas bergabung permikiran, memberi idea untuk bagaimana memperkuatkan lagi calon-calon bebas, justeru menningkatkan lagi peluang mereka menang di PRU13” tegas Abdul Kadir yang melihat peluang calon Bebas pada PRU-13 sebagai terlalu cerah.

Kata Abdul Kadir lagi, mereka bukannya kecewa kerana semata-mata tidak dipilih sebagai calon oleh parti politik masing-masing, atau semata-mata hendak mencuba nasib di PRU13, tetapi untuk membawa perubahan landskap politik negara dengan memulakan reformasi sistem politik yang bersih dan sihat, demi kepentingan semua rakyat.

Abdul Kadir turut melahirkan merasa gembira setelah menerima cadangan dari dua parti politik berdaftar di Sabah untuk bekerjasama.

“Kita masih mempertimbangkan cadangan tersebut, namun jika kita mendapat sokongan hebat dan mandat dari rakyat pada PRU13 dan memenangi dua pertiga kerusi DUN, memandangkan calon bebas tidak dibenarkan membentuk kerajaan mengikut undang-undang kerajaan kita, maka kita akan membuat keputusan memilih salah satu daripada parti tersebut sebagai platform kita untuk membentuk kerajaan,” ujarnya tetapi belum mahu menamakan parti dua tersebut.

Di samping itu, selaku pengerusi Gerak Gempur Khas Silam, Abdul Kadir menjemput rakyat Silam menghadiri ceramah keselamatan jalanraya pada hari ini bertempat di Hotel De'Leon Lahad Datu bagi penerapan pentingnya disiplin pengguna jalanraya.

Beliau berkata, fokus utama ceramah tersebut adalah kepada penunggang motosikal dan kereta memandangkan kes-kes kemalanggan jalanraya masih ditaraf yang tinggi di daerah ini.

“Kita telah menjemput polis trafik PDRM dan JPJ bersama kita untuk memberi ceramah, malah Ketua Polis Daerah, Supt Shamsuddin Mat adalah salah seorang penceramah pada program tersebut. Kita juga akan membuat pameran Anti Dadah untuk memberi kesedaran kepada orang awam bahayanya dadah kepada individu dan masyarakat,” kata Abdul Kadir yang berikrar akan terus membantu penduduk Lahad Datu dalam segenap segi sekalipun beliau bukan Wakil Rakyat.

No comments:

Post a Comment