Monday, 26 November 2012

APA GUNA ANAK JATI JADI PENGARAH KASTAM?




           
Saudara Pengarang,

SAYA tertanya-tanya sampai bilakah ikan besar yang menyeludup minuman keras dan rokok haram ini akan berleluasa di negeri Sabah yang tercinta ini ketika Pengarah Kastam adalah Anak Jati Sabah sendiri?

Amat menghairankan, Ikan Besar ini semakin hari semakin kaya. Antaranya Tauke Niu @ Kelly Tan; Gemuk @ Fui Lim; Aming; Ateck dan kuncu-kuncu mereka yang tidak diketahui nama mereka tetapi wujud dalam dunia penyeludupan ini.

Sampai bilakah Kastam dan PDRM akan berhenti memakan duit haram dari taukeh- taukeh seperti mereka ini? Maklumat terkini yang saya terima, pembantu peribadi Aming yang juga merupakan isteri kedua beliau, sering masuk dan keluar ke Balai Polis Penampang, Bandaraya, Jabatan Kastam yang terletak bersebelahan dengan Jeselton Point dan ering dilihat memandu Avanza yang bernombor SAB1191L. 
Saya hairan kerana melalui maklumat daripada JPJ, kereta berkenaan didaftarkan atas nama Husmy Bte Kassim yang beralamat di Kampung Pamalan, Keningau. Persoalannya kenapa Aming gunakan kereta ini dan apa hubungannya dengan Aming. Adakah nombor pendaftaran kereta tersebut palsu?

Kenapa 'Makhluk Betina' ini sering dilihat di kawasan berkenaan dan apa tujuan sebenar berada di kawasan ini selain memberi rasuah kepada 'Dajal' terpenting kepada bisnes mereka?

Persoalannya, sampai bilakah jenayah ini akan terus berlaku dan di mana keadilan kepada pekerja Aming yang telah meninggal dunia baru-baru ini? Aming semakin kaya, tetapi pekerja yang menjadi mangsa pergaduhan sesama mereka tidak terbela.

Salam Hormat,

RAKYAT PRIHATIN ANTI PENYELUDUPAN

No comments:

Post a Comment