Thursday, 29 November 2012

DILEMA PENGASUH KANAK-KANAK







Oleh : NORIAH ONONG

MASALAH kebanyakan wanita atau ibu yang berkerjaya dan mempunyai anak sangat sukar untuk meneruskan pekerjaan disebabkan masalah tiada yang mengasuh anak mereka.

Walaupun banyak pusat asuhan kanak-kanak didirikan seperti cendawan tumbuh,bagi mereka yang tidak berkemampuan adalah menjadi beban kepada mereka untuk terus menghantar anak-anak mereka di pusat asuhan disebabkan kos yang mahal. Caj lewat mengambil anak pun perlu dibayar secara tunai juga amat membebankan mereka.

Ada juga ibu-ibu yang bekerja terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kampung untuk di jaga oleh orang tua mereka yang sudah uzur dan mereka hanya akan balik menjenguk anak-anak mereka pada hujung minggu dan ini juga akan menjejaskan hubungan ibu dan anak.

Bagi mereka yang tidak mempunyai ibubapa di kampung pula terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak-anak di rumah kerana tidak mampu membayar gaji dan kos untuk membiayai gaji pengasuh. Kadar gaji dan kos untuk membiayai atau membayar jaminan pengasuh warga asing juga sangat tinggi dan amat membebankan bagi ibu-ibu yang hanya bertugas di pejabat-pejabat bawahan dan di kilang-kilang.

Kalaulah kerajaan yang ada sekarang boleh berbuat sesuatu seperti membuka pusat asuhan yang luas untuk mereka yang tidak berkemampuan secara percuma ataupun mengenakan bayaran yang rendah dan mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah. Dengan wujudnya pusat asuhan berkenaan, ini tentu dapat membantu ibubapa yang bermasalah di samping dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

No comments:

Post a Comment