IKUTI wawancara eksklusif
UMNO-Online bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hj Musa Hj Aman di kediaman
rasminya di Kota Kinabalu baru-baru ini kerana penting bagi rakyat Sabah
mengetahui bahawa BN Sabah bekerja setiap hari, seolah-olah hari-hari
pilihanraya di Sabah.
UMNO-Online
: Pada PRU 13 yang akan datang, Sabah adalah antara negeri sasaran pembangkang,
bagaimana tahap persediaan UMNO Sabah bagi menghadapi serangan pembangkang ini?
Musa : Kita sebagai parti
pemerintah BN apabila diberi mandat kepada rakyat kita terus bekerja, turun ke
padang mengetahui masalah rakyat, mendampingi rakyat seperti saranan selalu YAB
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa sebagai wakil rakyat, pemimpin mesti
selalu turun ke bawah untuk mengetahui masalah rakyat.
Kita memang bekerja, terus
berkhidmat di kawasan masing-masing… ini rutin biasa bukan semasa pilihanraya..
ini beza kita dengan pembangkang kerana parti pembangkang hanya menjelma bila
ada pilihanraya… kita tidak kerana kita bekerja seolah-olah hari-hari adalah
pilihanraya. Itulah cara kita bekerja di
Sabah.
UMNO-Online
: Dalam isu keluar parti oleh beberapa pemimpin BN baru-baru ini, pembangkang
mencanangkan Sabah bukan lagi negeri “simpanan tetap” BN, kononnya pembangkang
mampu menang 16 kawasan Parlimen. Apa
pandangan Datuk Seri dalam perkara ini?
Musa : Saya pelik sedikit
dengan pembangkang ini kerana mereka suka menggunakan angka 16 ini… dulu mereka
kata 16 September mereka ini menubuhkan kerajaan tetapi tidak menjadi, tidak
betul jadi ini pula mereka kata 16 kawasan parlimen… takpe la itu mereka kata
biar mereka dengan harapan dan janji-janji mereka.
Bagi kita di Sabah ini kita
pastikan hubungan kita dengan parti kompenan terus baik, selalu berjumpa,
sentiasa berbincang jika ada masalah…
yang penting kita sentiasa bekerja,
kongsi kuasa dengan rakan kita dalam BN, bantu membantu anatara satu sama lain,
bergerak sebagai satu pasukan jadi kita tiada masalah dengan pemimpin-pemimpin
BN yang lain… dengan itu kita boleh bekerja dengan baik… dalam cabinet kerajaan
negeri pun, kita terdiri dari pelbagai parti dan suku kaum.
Justeru saya yakin BN Sabah
akan terus berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menghadapi
pilihanraya.
UMNO-Online
: Nampaknya pembangkang cukup ghairah untuk memancing bekas pemimpin BN untuk
digunakan bagi menyerang BN di Sabah?
Musa : Itu perkara biasa..
maklum sekarang ini musim tiba pilihanraya banyak orang menawarkan diri untuk
menjadi calon…. kita selalunya beri peluang kepada orang-orang muda walaupun
kita juga ada calonkan orang lama dan mereka yang lama dan sudah bersara, sudah
lama tak menjadi calon tiba-tiba mahu menjadi calon itu saya rasa aneh sekali
kerana bagi saya mereka ini umur pun sudah lanjut haruslah bersara dan membantu
parti dengan pelbagai cara bukan cara keluar parti kerana mahu menjadi calon.
Bagi saya itu memberi erti
lebih mementingkan diri sendiri daripada parti.. jadi itu bukan cara kita… bagi
kita mereka yang berumur ini keluar parti itu jadi calon biarlah mereka….
biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.
UMNO-Online
: Pembangkang adalah parti yang pakar membuat janji bulan dan bintang, di Sabah
mereka menjual pelbagai janji seperti royalty minyak, hak orang Sabah, Sabah
didiskriminasi dari sudut pembangunan, kemajuan dan pelbagai dakwaan lagi. Bagaimana UMNO Sabah menangani serangan
persepsi jahat pembangkang ini?
Musa : Kita telah minta
pemimpin dan wakil rakyat kita memberi penerangan tentang soal ini dan beri
tahu rakyat tentang kebaikan BN.. selama ini sudah banyak peruntukan, banyak
pembangunan kita bawa ke seluruh negeri Sabah, kita belanja beribu-ribu juta
ringgit untuk rakyat.
Kita bersyukur sebagai
negeri kedua terbesar di Malaysia sudah tentu kita perlukan bantuan besar..
sebab itu beliau (Perdana Menteri) memberi bantuan besar seperti mana yang kita
pohon… Jadi parti pembangkang ini menidakkan perkara yang ada ..pembangkang ini
berpura-pura, membutakan mata, mentulikan telinga seolah-olah mereka tidak tahu
tentang kemudahan jalan raya, sekolah, hospital dan pelbagai lagi kemudahan
prasarana… ini semua pembangunan yang
dibuat BN… jadi rakyat tahu untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang
salah, mana batu mana permata..
Justeru ini kita beritahu
kepada rakyat jangan kita terperangkap, terkeliru oleh pembangkang dan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab
ini… dan janji bulan bintang pembangkang ini adalah satu cakap bohong, janji
kosong dan saya yakin rakyat Sabah pun tahu.
UMNO-Online
: Pembangkang mencanangkan perlu ada pembangkang yang kuat di Sabah untuk 'check
& balance' bagi memastikan tiada penyelewengan dan nasib rakyat
dibela. Apakah rakyat Sabah akan
termakan dengan dakwaan ini?
Musa : Itu cuma tipu helah
pembangkang pasal mereka tidak ada isu lain… sekarang pun terbukti..dengan
adanya satu pembangkang di dewan DUN.. kami tak rasa kami complacent, tidak
mahu bekerja… tidak.. yang penting bagi kita bila kita dipilih oleh rakyat kita
anggap ia satu tanggungjawab, amanah rakyat yang mana kita kena pikul dengan
penuh tanggungjawab, dengan penuh amanah..oleh itu kita bekerja.
Jadi bagi saya ada atau
tidak pembangkang tidak menjadi masalah..bagi kita yang penting bila kita
diberi mandat, bila kita diberi kepercayaan rakyat kita gunakan, kita usahakan
sebaik yang boleh supaya rakyat tidak kecewa dengan memilih kita sebagai wakil
rakyat dan kerajaan BN.
Jadi saya rasa rakyat tahu,
rakyat faham bahawa BN adalah parti yang sentiasa bertanggungjawab, sentiasa
peka dengan masalah rakyat, sentiasa menunaikan janji. Kita selalu kalau kita berjanji kita tepati
janji kita. Walaupun saya akui memang
ada janji kita yang belum dapat selesaikan tapi yang penting kita sedar dan
kita berusaha janji-janji ini akan kita selesaikan satu persatu ikut priority
dari masa ke semasa.
UMNO-Online
: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering menekankan bahawa antara
kriteria penting dalam berdepan PRU 13 nanti adalah BN akan meletakkan calon
“winnable candidate”. Boleh Datuk Seri
beri pandangan calon “winnable candidate” dalam konteks BN di Sabah terutama
UMNO?
Musa : Bagi saya seperti
yang dinyatakan YAB Perdana Menteri winnable candidate ini ialah calon yang
disenangi rakyat, yang punya displin,
yang bertanggungjawab, yang mudah didekati rakyat dan banyak lagi tapi
yang inilah antara yang penting.. sudah pasti calon itu ikhlas, yang jujur
berjuang, mengutamakan parti dari diri sendiri.. saya rasa inilah ciri-ciri
yang boleh menang pada pilihanraya nanti sebab calon inilah yang dikehendaki
Perdana Menteri kita.
Kita berjanji siapa saja
yang dicalonkan atau yang dipilih oleh PM
nanti Insyaallah akan kita beri sokongan dan dokongan yang tidak
berbelah bagi untuk pastikan calon ini memperolehi kemenangan besar.
UMNO-Online
: Konsep 1Malaysia dikatakan telah lama diaplikasikan di Sabah dan ia merupakan
satu kekuatan BN di negeri ini.
Bagaimana konsep ini dapat terus dipertahankan sekaligus menjadi salah
satu kekuatan BN Sabah untuk terus mendapatkan sokongan rakyat?
Musa : Apabila Perdana
Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia ini, beliau pergi ke Sabah dan
mengatakan Sabah adalah role model.. kerana beliau juga sedar seperti yang kita
semua tahu Sabah ini sudah lama kita amalkan cara konsep 1Malaysia ini di mana
kita walaupun terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan budaya tapi kita
boleh hidup dalam keadaan aman sentosa dan harmoni, saling bantu membantu
antara satu sama lain… kita rayakan setiap perayaan kaum bersama… secara
natural ia mewujudkan perasaan kekitaan dan jadi ia tidak mendatangkan masalah.
Dengan adanya perpaduan in
sudah tentunya kita akan mendapat jalan tugas kita sebagai pemerintah dengan
lebih mudah kerana tidak ada perpecahan, tidak ada pergaduhan.. jadi dengan itu
kita menolak sekeras-kerasnya cara parti pembangkang yang mana menggunakan
kekerasan dengan demonstrasi jalanan, buat kacau sana sini… ini bagi kita
adalah cara samseng, orang yang tidak bertanggungjawab.
Kita mahu wujudkan perasaan
kekitaan bantu membantu, bersatu padu…dengan ini apa jua masalah timbul akan
dapat kita selesaikan… kita juga apply
perkara ini dalam politik.. dengan adanya kerjasama dengan UMNO dan parti-parti
yang lain maka calon-calonnya dapat kita pastikan samada dari UMNO atau
komponen BN lain kita sokong dan pastikan kemenangan… inilah cara untuk kita
pastikan bahawa Sabah ini terus kuat, kukuh dan bersatu padu.
UMNO-Online
: Sabah baru-baru ini mengumumkan bajet 2013 iaitu bajet terbesar dalam sejarah
negeri itu sebanyak RM4.088 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM40
juta berbanding RM4.048 juta sebelum ini.
Apakah bajet ini mampu menutup pelbagai fitnah pembangkang?
Musa : Alhamdullilah saya
dapat bentangkan bajet RM4.088 billion..
ini menunjukkan bahawa kita mempunyai keadaan kewangan yang kukuh dan
kita telah diberi pengiktirafan oleh Auditor General Malaysia yang mengatakan
bahawa Sabah adalah one of the best state dari segi pengurusan kewangan yang
terbaik… jadi alhamdullilah ini hasil daripada apa yang saya katakan tadi usaha
kita iaitu usaha semua kerana kerja bersungguh-sungguh.
Awal-awal lagi saya tekankan
pentingnya kita mengamalkan keikhlasan, kejujuran, ketelusan dalam kita
mengurus kewangan negeri dan saya ingatkan juga jangan membazir, belanja
berhemah dan ini semua unsur-unsur yang telah saya perkenalkan. Alhamdulliah walaupun kita mampu berbelanja
lebih 4 ribu juta tapi kita masih ada reserve 3 ribu juta dan ini merupakan
bahawa kewangan Sabah berada dalam keadaan kukuh.
Jadi apa jua fitnah yang
dilemparkan kepada kerajaan negeri, pemimpin itu memang cara pembangkang kerana
kita sedar pembangkang tidak ada isu yang lain, kalau di Sabah ini mereka tiada
isu… kita berkerja dengan baik, rakyat menerima kita dengan baik maka isu
mereka hanya membuat fitnah, lontarkan macam-macam hasutan kepada rakyat Sabah
tapi saya percaya rakyat Sabah bijak menilai adakah kita telah menjalankan
tugas dengan baik… biarlah pembangkang dengan cara mereka dengan membuat macam-macam tuduhan, andaian,
fitnah, hasutan… itu cara pembangkang. Kita kena sedar kalau pembangkang tidak
buat begitu mereka tidak akan ada isu untuk dibawa ke Sabah.
Yang penting dengan ada
peruntukan ini kita dapat agih-agihkan kepada seluruh negeri Sabah atau rakyat
Sabah supaya mereka dapat manfaat hasil dari perancangan rapi… ditambah dengan
peruntukan dari semenanjung dengan bajet 2013 yang dibentangkan Perdana
Menteri… saya percaya ini pelengkap untuk pastikan apa jua perancangan, apa
juga projek yang akan dirancang akan dilaksanakan dengan baik oleh kakitangan
kerajaan, bekerjasama dengan komponen parti.. saya percaya ia akan dapt hasil
dan manfaat yang baik… inilah harapan kita bahawa inilah yang kita mahu supaya
rakyat sedar bahawa inilah kerajaan BN yang sentiasa bersedia membantu dan
membela rakyat bukan saja di Sabah tapi di seluruh Malaysia.
UMNO-Online
: PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa, sudah pasti dengan 25 kawasan
parlimen serta rekod prestasi BN Sabah sebelum ini menjadikan Sabah adalah kubu
kebal bagi BN. Justeru adakah rekod ini
masih mampu dipertahankan?
Musa : Insyaallah kita akan
berusaha, bekerja.. sudah pasti kita sebagai parti UMNO kita bekerja keras,
bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain..saya yakin dengan adanya kerjasama
ini saya percaya kita akan beroleh kejayaan.
Yang penting sekarang saya
rasa kita lebih fokuskan bahawa siapa saja yang dipilih sebagai calon kita,
kita mesti sokong sepenuhnya.. jadi dengan adanya kerjasama ini, persefahaman
ini, bertolak ansur antara satu sama lain insyaallah kita akan menempa kejayaan
BN yang besar. (MediaUMNO)
No comments:
Post a Comment