Oleh : ABU BAKAR ESAH
KUALA LUMPUR: Exco
Pergerakaan Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan ucapan Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun RAzak telah membakar semangat perwakilan sekali gus
memberi kesedaran dan menginsafi untuk menghayati perjuangan Umno.
“Ianya telah membakar
semangat kami (perwakilan) dan semua jentera parti daripada empat peringkat
untuk balik semula ke kawasan masing-masing, ke bahagian masing-masing dengan
menghayati ucapan Datuk Seri Presiden tadi dan menginsafi bahawa kami perlu
menguatkan kerjasama, perpaduan kami perlu dipertingkatkan, untuk menghadapi
pilihan raya umum ke-13 ini demi memastikan kemenangan BN untuk meneruskan
perjuangan membela rakyat negara ini,” katanya.
Azizah yang juga Naib Ketua
Wanita Umno Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Najib pada
Perhimpunan Agung Tahunan 2012 di Dewan Merdeka PWTC di sini, kelmarin,
Beliau berkata pemimpin dan
semua jentera parti perlu turun padang untuk memberi tahu kepada rakyat bahawa
mereka tidak ada pilihan melainkan BN demi kebaikan rakyat keseluruhannya.
“Saya penuh yakin bahawa
akar umbi boleh menerima kerana rakyat telah matang dan kami di pergerakan
Wanita melalui Jelajah Salam Sayang sering memberi penjelasan kepada mereka
tentang pembohongan parti pembangkang terutama sekali apa yang Ketua Umum PKR
kata dengan kita. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, semasa dia
menjadi Menteri Kewangan apa yang dia buat untuk negara kita. Dan ini telah
rakyat fahami dan memberi kesedaran kepada mereka,” katanya.
Menjawab satu pertanyaan,
Azizah berkata Umno Sabah akan dapat mempertahankan semua kerusi yang
disandangnya.
“InsyaAllah melalui
kerjasama di bawah kepimpinan kita, kita akan dapat mempertahankan semua kerusi
yang ada di Sabah,” katanya sambil menambah BN mampu memberikan yang terbaik
untuk rakyat negeri Sabah
“Apa yang kita buat adalah
yang benar-benar berlaku, apa juga yang kita janji kita tepati dan dilaksanakan
untuk rakyat demi rakyat, bukan agenda peribadi dan ianya telah terbukti sejak
sekian lama” katanya.
No comments:
Post a Comment