Oleh : SEMPORNA BROADCAST
(SBC)
MUNGKIN tidak keterlaluan
dan amat bertepatan sekali jika Jabatan Tanah dan Ukur Semporna diberi gelaran 'Jabatan
Haprak' dan 'Pejabat Berpuaka' kerana gagal menyelesaikan isu tanah sejak zaman
berzaman sekalipun kini mempunyai empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen, dua
daripadanya berjawatan Menteri Penuh.
Memandangkan isu tanah
menjadi modal kempen pilihanraya; maka isu Perampasan Tanah, Pengambilan Tanah
Adat, Pengambilan Tanah Sabah Port Authority, Tanah Reserve Bakau & Laut,
Tanah Reserve Bukit, Tanah Anak Negeri & Tanah Adat, Tanah laut, Tanah
Pulau dan bermacam-macam isu mengenai tanah di Semporna telah mula
dikumandangkan oleh semua pihak termasuk ahli UMNO sendiri.
Sikap Penolong Pemungut Hasil
Tanah (PPHT) yang bertindak ‘Ultra Vires’ dan jarang berada di Pejabat; serta
langsung tidak ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna sejak sekian lama,
memperlihatkan bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Semporna memiliki Ketua Pentadbir
yang tidak bertanggungjawab.
PPHT hanya berurusan dengan
golongan kapitalis menjadikan dirinya talibarut kepada penyangak-penyangak
Tanah di kawasan Semporna yang menyebabkan kelemahan ini berlaku dan berterusan
sejak dari dahulu sehingga ke hari ini.
Sebagai NGO Bebas, kami ingin
membuat laporan khas mengenai Jabatan Tanah dan Ukur Semporna (JTU) dari sudut
pengurusan, pentadbiran, infrastruktur dan kemudahan Pejabat Pentadbiran Tanah
berkenaan yang kami lihat sangat serius dan sedang menghadapi masalah dalaman
dan prasarana pejabat yang amat menjijikkan di mata awam dan pihak pelancong
secara berterusan, usang dan tidak terurus dengan wajar seperti mana pejabat
Pertadbiran kerajaan yang lain di negara ini.
Pepatah mengatakan ‘Rumahku
Syurgaku’ adalah membayangkan bahawa di mana kita berada, kita haruslah berasa
selesa, bahagia dan boleh duduk dalam keadaan aman, tenang dan gembira tanpa
tekanan kerja atau keadaan sekeliling.
Namun apabila kami membuat
lawatan mengejut kelmarin, 29 November 2012 ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna
pihak kami amat berasa sedih dan sangat terkejut dengan situasi yang prasarana
yang ada di Pejabat Tanah dan Ukur Semporna, seolah-olah 'Rumah Puaka' yang
tidak berpenghuni.
Apakah Pengarah Tanah dan
Ukur, Datuk Osman Jamal tidak melihat kekurangan ini? Apakah beliau terlalu
malas untuk meninggal bilik hawa dingin dan kerusi empuknya untuk melihat sendiri
kebajikan pekerjanya?
Atau Osman Jamal hanya mengambil jalan mudah dengan
hanya mendengar laporan PPHT Semporna yang banyak berbohong mengenai masalah
tanah, masalah kakitangan bawahannya kepada pihak atasan; sekadar melepas batuk
di tangga.
Kebodohan Osman Jamal begitu
terserlah kerana hampir membuat satu tindakan bodoh lagi bahlul menerima fitnah
yang dibuat terhadap kakitangan bawahan yang tidak berdosa dengan mengeluarkan
perintah 'TUKAR 24 JAM' tanpa usul periksa atau peluang membela diri;
semata-mata kerana dikuasai hawa nafsu dan merasa diri berkuasa.
Namun Osman Jamal lupa peribahasa
Tausug yang berbunyi; "Ayaw kau Mag Good-Good, aun pah Good". Mungkin
perkara ini boleh membantu Osman Jamal membuka matanya seluas-seluas dan kalau masih
ada 'kemaluan' atau rasa malu serta bertanggung jawab terhadap kerja dan
kakitangan awam serta penduduk awam, maka silalah ambil tindakan wajar atau
lebih baik bersara awal.
Mengikut sejarah Pejabat
Tanah & Ukur Semporna sebelum ini adalah pejabat rasmi kerajaan yang
digunakan sebagai Pejabat Daerah dan Pentabiran Daerah kawasan itu yang
termasuk dalam Dun Senalang dan diwakili Oleh Datuk Nasir Tun Sakaran dan Parlimen Semporna yang diwakili oleh Naib
Presiden UMNO Malaysia, Datuk Shafie Afdal; apatah lagi kedua-dua wakil rakyat
ini berkedudukan Menteri penuh sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang.
Namun kedudukan kedua-dua
Menteri penuh bagi dua wakil rakyat dari UMNO ini nampaknya tidak mampu untuk
mempertingkatkan keselesaan pejabat pentadbiran kerajaan dan keselesaan orang
awam untuk berurusan dengan sewajarnya walaupun pada hakikatnya mereka
mempunyai rumah besar bernilai berpuluh juta ringgit untuk mereka jadikan 'Rumahku,
Syurgaku'.
Mereka nampaknya hanya boleh
menyediakan rumah sendiri untuk mereka jadikan 'Rumahku, Gundikku dan Syurgaku'
dan gagal menyediakan 'Rumah Rakyat' dijadikan 'Syurga Awam' sehingga
mengakibatkan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna umpama Pejabat Puaka Rakyat.
Pejabat Puaka JTU Semporna tersangat
kotor, berbau busuk, bau kencing kucing, berlubang dan siling bocor, dinding
berkurap, pendingin hawa zaman purba, tandas awam kelas kambing, jalan masuk ke
pejabat JTU seperti kolam ikan air tawar, landskap seperti hutan belukar atau
kawasan ternakan ular sawa, ruang tamu menunggu seperti kerusi bergilir masuk ke
tandas dalam filem P.Ramlee.
Manakala fail permohonan tanah
orang awam bersepah-sepah seperti sampah sarap; tangga berbau kencing kucing,
papan kenyataan berkurap dan kotor, pendawaian letrik yang tidak selamat dan
setiap kali hujan elektrik selalu mati; mungkin antara punca yang menyebabkan
kebakaran pejabat berkenaan beberapa tahun yang lalu.
Sistem keselamatan yang
longgar telah menyebabkan pejabat ini boleh dimasuki pencuri beberapa kali. Walaupun
laporan polis kerap kali dibuat, namun masalah ini berlarutan sehingga banyak fail-fail
penting hilang dari bilik rasmi kerajaan, dikhuatiri dicuri oleh pihak tertentu
untuk melupuskan bukti permohonan tanah sebelum pemohon baru mendaftar di atas
tanah yang sama.
Kami telah merakamkan
beberapa gambar sebagai bukti agar Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah,
Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri menilai kehebatan seorang
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur 'melempar najis' ke muka Perdana Menteri di
ambang pilihanraya umum.
Pembaca boleh menilai
sendiri betapa daifnya Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Semporna, 'Serambi
Pelancongan Sabah' hasil tadbir urus dua menteri penuh dan wakil rakyat kaki
ampu yang memuji Semporna sebagai maju, gemilang dan cemerlang tetapi selepas
menyaksikan gambar-gambar ini, mungkin boleh dikategorikan dakwaan mereka sebagai
'temberang'.
MESRA
ALAM....Inilah Pejabat Tanah dan Ukur Semporna yang terdapat di Pekan Semporna
yang digunakan secara rasmi untuk menguruskan hal ehwal Tanah Adat dan Tanah
Awam Semporna yang tidak memerlukan pewangi lavender kerana aroma bau najis
kencing kucing harum semerbak setiap kali orang awam memasuki pejabat ini. Pegawai
Daerah Semporna selaku PPHT dan Ex-Officio boleh mendapat anugerah 'Pegawai
Daerah Mesra Alam' kerana membiarkan kucing berkeliaran, tanah berlumpur,
lantai kotor, dinding berkurap dan bumbung berlubang bagi menyambut kunjungan
orang awam yang ingin berurusan.
BERKURAP......
Peta Kurap yang terpampang di hadapan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna. Siapa
yang seharusnya membetulkan keadaan ini?
KOLAM....Mungkinkan
JTU Semporna sedang menternak ikan Air Tawar di hadapan Pejabatnya apabila
jalan masuknya mempunyai longkang dan lubang besar. Kanak- kanak Tadika boleh
menjadikannya sebagai ‘Swimming Pool’ untuk mandi-manda jika tidak diperbaiki
dengan segera.
JIJIK.....Tangga
naik ke tingkat 1, JTU Semporna yang terpaksa dilalui orang awam dan pelancong sekalipun
lantainya tidak pernah dibersihkan, hitam dan becak; ditambah dengan aroma najis
dan kencing kucing, sesuai diletakkan papan tanda 'Tandas Kucing'.
USANG.....Betapa
sukarnya rakyat Semporna yang ingin melihat laporan tanah atau Jadual 13 Tanah di
Papan Kenyataan JTU Semporna yang terlalu usang seolah-olah papan kenyataan di
kuburan.
KOTOR.....
Tandas menunjukkan keperibadian penghuninya, Mungkinkah semua pegawai JTU
Semporna kotor atau berperibadi kotor kerana menerima rasuah sehingga kebersihan
tandas tidak terjaga atau mereka mengikut resam Kucing?
ANTIK.....Sistem
penghawa dingin di JTU masih menggunakan barangan antik di Zaman ‘Kastila’ yang
tidak lagi berfungsi sehingga pejabat ini seperti oven pembakar mayat.
No comments:
Post a Comment