Monday, 26 November 2012

PENIPU TANAH TIDAK AKAN TERLEPAS





WAWANCARA….Noraini Nahar sedang diwawancara Sabahkini.Net di hadapan Peguam Aisah Ahmad sambil disaksikan oleh para pewaris Tanah Koyah A. Gambar sisipan wajah sebenar Rugaya Ahmad yang menghadapi tuduhan menipu Noraini Nahar.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : FAIRUL ZAMAN

RENTETAN daripada  aduan rasmi yang dibuat oleh anak guam kepada Tetuan Aisah Ahmad & Co iaitu Noraini Binti Nahar, Sabahkini.Net akan membongkar segala perkara songsang yang dilakukan tertuduh, Rugayah Ahmad.

Dalam kenyataannya, Aisah memaklumkan bahawa pada tarikh 19 November 2012, anak guamnya, Noraini Bte Nahar memberitahu beliau bahawa Rugayah Ahmad datang ke rumahnya dengan niat berikut;

01) Memohon maaf kepada Noraini Nahar kerana telah membuat tuntutan waris palsu terhadap harta beliau sedangkan beliau tahu Noraini masih hidup lagi. Rugayah menyatakan sepatutnya dia menuntut waris atas nama orang lain dan tidak berniat menuntut di atas nama Noraini.

02) Mahu membayar semula wang yang telah diperolehinya sebanyak RM1,500  dan mengadakan kenduri atau sogit kaum Sungai kerana menyatakan Noraini telah meninggal dunia.

03) Bertanya kepada Noraini sama ada telah membayar dan melantik Tetuan Aisah Ahmad & Co?

04) Mencadangkan Noraini menukar peguam dan menamakan Ansar untuk menguruskan tuntutan.

05) Mencadangkan agar Peguam Aisah sebagai Penasihat Undang-Undang mengadakan perjumpaan dengan Inspektor Andrew di Balai Polis berhampiran.

06) Pihak Polis telah menerangkan bahawa kes ini melibatkan penipuan dokumen. Berharap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk menyerahkan dokumen-dokuken berkaitan kepada pihak Polis agar siasatan dapat dijalankan dengan segera.

07) Proses penyiapan kertas pertuduhan mengambil masa tiga hingga enam bulan, oleh itu semua pihak dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.

Apapun tegas Aisah, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang terlibat secara terang dan jelas menipu Noraini Nahar agar bersiap sedia dari sekarang kerana jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun.

Begitu juga  dengan Ismail Tarandan, kata Aisah kemungkinan akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah dan Rugayah kerana bukti-bukti penipuan yang  cukup kukuh dan berasas; kini telah sampai ke tangan jabatan-jabatan berkaitan antara Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No comments:

Post a Comment