Thursday, 29 November 2012

SABAHKINI.NET SEMAKIN BERANI






TEMURAMAH….Mohsin sedang diwawancara mengenai perkembangan Sabahkini.Net di mata masyarakat pembaca setia.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SITI MELUR

KEBERANIAN Sabahkini.Net menyiarkan  perkara-perkara songsang yang tersembunyi  yang telah dilakukan oleh individu-individu tertentu mendapat perhatian dan pujian   masyarakat, khususnya pengamal media alam maya terutamanya para peminat setia Portal Online Sabahkini.Net.

Ketegasan dan keberanian Sabahkini.Net dalam menyiarkan pelbagai berita sama ada datangnya daripada kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang, terus menjadi santapan hidangan kepada pembaca setia portal ini  setiap hari.

"Saya bukan membeza-bezakan mana-mana akhbar media cetak yang ada di negeri ini. Mereka juga banyak memainkan peranan masing-masing dalam menyiarkan pelbagai berita yang menarik, tetapi kebanyakan akhbar tempatan bila menyiarkan berita-berita mengenai skandal, penipuan  dan sebagainya tidak jelas.


"Mereka tidak berani menyebut atau meletakan nama seseorang yang terlibat dalam kes-kes tertentu dan tidak berani meletakan nama syarikat yang terbabit dalam perkara-perkara songsang berbanding dengan Sabahkini. Net."

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang pengamal media alam maya, Mohsin Jurop yang berasal dari Kg Sukau, Kinabatangan semasa ditemuramah oleh Sabahkini.Net di City Club Sandakan, kelmarin.

“Saya suka membaca berita-berita yang tersiar di Sabahkini.Net, terutamanya mengenai pembongkaran kes-kes penipuan Tanah Sungei Koyah yang kini sedang hangat diperbincangkan  dan jadi topik utama cerita, sama ada di warung-warung kopi kerana saya salah seorang mangsa penipuan oleh Abdullah Japar dan Ismail Tarandan,” ujarnya.

Secara jujur, tambah Mohsin, jika tiada Sabahkini.Net perkara  penipuan  tanah Koyah A yang dilakukan oleh Abdullah Japar dan Ismail Tarandan mungkin para pemilik tanah yang menjadi mangsa tidak mengetahui adanya kes seumpama ini.

"Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus dan tamak memakan hasil haram dan hak orang lain seperti Abdullah Japar dan Ismail Tarandan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Peguambela Tetuan Aisah Ahmad & Company yang menjadi Penasihat Undang-Undang bagi menguruskan hal-hak tanah kami sehingga kes ini naik ke Mahkamah tinggi.

"Tidak lupa kepada Wartawan Kanan Sabahkini. Net Wilayah Sandakan  dan Ketua Editor Sabahkini.Net yang tidak merasa bosan membantu kami dalam membongkar dan menyelongkar kes penipuan tersebut,” tambahnya.

Tambah Mohsin lagi, Sabahkini.Net merupakan wadah terpenting kepada masyarakat untuk mendapat pelbagai berita panas, bukan saja di Sabah atau Semenanjung; bahkan mereka di seluruh dunia.

Ditanya mengenai cadangan beberapa orang agar Sabahkini.Net menerbitkan surat khabar cetak yang berbentuk Buletin, Mohsin menyatakan beliau amat menyokong saranan berkenaan demi kepentingan rakyat di luar bandar yang tidak mempunyai jalinan multimedia.

"Kita sedar menerbitkan Buletin memerlukan kos yang tinggi dan penjualan buletin tidak dapat menampung penerbitan. Tetapi kita beraharap agar ada pihak yang tampil membantu Sabahkini.net demi survival Sabah," kata Mohsin yang menyeru rakyat Sabah menghulurkan bantuan untuk meringankan kos operasi Sabahkini.net.

No comments:

Post a Comment