Thursday, 29 November 2012

NOTIS 24 JAM BERI MAKLUMAT PENULIS







Saudara Pengarang,

SUDAH bertahun saya tidak  layari artikal di laman web sabahkini.net. Sebab Pertama saya tidak ada masa. Kedua saya dapati artikal yang dimuat naik sudah tidak bersesuaian dengan tuntutan masa kini. Bahan berita seperti yang dimuat naik banyak mengandungi eleman fitnah yang merosakkan akhlak.

Artikal seperti mempamir gambar individu tertentu dan mendedahkan aktivitinya menyimpan atau menduakan isteri atau berkawin perampuan lain secara rahsia adalah perbuatan penulis yang  tidak bermaruah dan bermoral. 

Saya tidak nampak bagaimana lamanweb sabahkini, dengan bahan seperti itu boleh membantu meningkatkan daya fikiran rakyat.

Pada 29hb November 2012 saya mendapat tahu daripada Saudara Serman Hassnar bahawa ada penulis menyebar fitnah mengenai  diri saya dan Mohd Serman Hassnar di lamanweb sabahkini.net.

Sebagai respon saya telah nasihatkannya supaya dapatkan daripada saudara nama dan alamat penoh penulis berkenanan supaya fitnahnya dapat dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Benar atau tidak tohmahan penulis berkenaan - biarlah Mahkamah yang buat pengadilan.

Kedua adalah supaya budaya membuat fitnah oleh mana mana Penulis menggunakan nama samaran tidak terus berleluasa agar generasi muda Negeri Sabah tidak terpengaruh dengan budaya munafik sedemikian.

Jawapan saudara yang salinannya di email kepada saya  membawa maksud mencabar saya ‘ bawalah kes ini ke Mahkamah’.

Janganlah salah anggap surat saya emailkan ini. Ianya bukan gertak dari saya tetapi, sekadar mengingatkan saudara bahawa saya juga bukan jenis yang mudah terima gertak dan tekanan orang. Justeru jika apa yang saya minta melalui email ini tidak di penohi, menyusul segera adalah Notis Of Demand yang kemudian pastinya akan berlanjutan ke Mahkamah.

Sama ada saudara mahu penyelesaian cara itu atau sebaliknya terpulang kepada saudara sendiri. Pada saya apa yang jelas sudah ada tauladan di Mahkamah penulis  menyiarkan berita atau cerita palsu di laman web telah diheret ke Mahkamah dan menerima hukuman setimpal dengan perbuatan terkutuk mereka. 

Jadi janganlah anggap berselindung di sebalik nama sabakini.net pemfitnahnya kebal daripada tindakan di Mahkamah.

Dalam konteks di atas dengan hormatnya sekali lagi saya menuntut daripada saudara supaya dalam tempoh 24 jam, bermula dari 11.30  pagi 28hb Nov 2012,  berikan/ nyatakan kepada saya  nama penulis serta numbor kad pengenalan dan alamat email penulis artikal berjudul 'Siapa Perompak Tanah Sebenar?'  yang saudara muatnaik dilamanweb sabahkini.net  pada 27hb November 2012.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=16397:siapa-perompak-tanah-sebenar&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72

Email ini tidak perlu saudara jawab dengan ulangi cabaran supaya saya dapatkan perintah Mahkamah.  Jawapan  saya  perlukan cukup dengan nama NAMA, Numbor Kad Pengenalan dan alamat email penulis fitnah tersebut. 

Jika apa yang diminta tidak sampai selepas jam 11.30 pagi 29hb Nov 2012 saya tahu apa yang perlu dibuat. Insyah Allah jika penyelesaian di Mahakamah saudara pilih-  maka Notice Of Demand akan segera saya keluarkan dan kita jumpa di Mahkamah.

Wasalam,

HASSNAR HJ EBRAHIM

(NOTA : Sabahkini.net mengamalkan prinsip menyokong BoG iaitu tidak menapis internet dan tidak akan mendedahkan maklumat Whistle Blower kepada awam melainkan melalui perintah mahkamah atau kes berkenaan difailkan ke mahkamah. Hanya setelah mendapat injunksi, kami akan mengeluarkan artikel berkenaan daripada Sabahkini.net, Harap Maklum)

No comments:

Post a Comment