Friday 30 November 2012

KERUSI RODA Vs KERUSI PARLIMEN






Oleh: SHAIMON S JUMADI

SETIAUSAHA UMNO Zon Tanjung Papat, merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sandakan, Ngadian Hj Sarjuno membidas sekaras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Murna Tarau, Kg Sim-Sim Tengah Sandakan terhadap Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong melalui Surat Pengarang yang tersiar di Portal Online Sabahkini.Net bertajuk 'Janji VK Liew Semakin Palsu', amat dikesali.

Ngadian berkata,  tuduhan Murna yang dilemparkan kepada Ahli Parlimen Sandakan itu memang didalangi oleh orang tertentu yang berniat jahat untuk memburuk-burukan keadaan bagi mengelirukan orang ramai, khususnya pengundi BN di Sandakan.

Kata Ngadian lagi, Puan Murna adalah seorang ahli UMNO cawangan Kampung Sim-Sim tengah telah diperalatkan oleh orang UMNO sendiri untuk meretakkan hubungannya dengan Ahli Parlimen Sandakan.

Jelas  Ngadian,  Datuk V.K Liew telah memainkan peranannya dalam usaha membantu semua kaum termasuk mendapat bantuan dan kemudahan secara saksama.

"Saya amat kesal sekali dengan kenyataan sedemikian. Cerita kerusi roda ini akan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk dijadikan senjata dan propaganda pilihanraya untuk menghentam kerajaan. Fikir dulu sebelum membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegasnya kepada Sabahkini.Net ketika mengulas kenyataan tersebut.

Selaku AJK UMNO, kata  Ngadian, beliau  berjanji  tidak lupa permintaan tiga buah kerusi roda tersebut; kerana sebaik sahaja diterima, pihaknya akan menghubungi ketiga-tiga penerima berkenaan.

"Saya minta mereka bersabar kerana setiap janji yang dibuat, pasti akan dikotakan. Cuma mungkin terlewat kerana masalah teknikal," kata Ngadian lagi yang kesal perkara ini telah dipolitikkan pihak tertentu.

Sementara itu, Murna ketika ditemui Sabahkini.net, memohon maaf secara terbuka terhadap Ahli Parlimen Sandakan.

"Saya tidak bermaksud mahu memburuk-burukkan kredibiliti kepimpinan Datuk V.K Liew sebagai Ahli Parlimen Sandakan. Saya cuma merayu agar beliau menunaikan janjinya sahaja. Selebihnya saya minta maaf jika cara saya keterlaluan," ujar Murna dengan penuh harapan.

No comments:

Post a Comment