TAKLIMAT….Pegawai
Kanan MPS Mansur Kawi sedang memberikan taklimat kepada para peserta.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PIHAK Berkuasa Tempatan
(PBT), khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang selalu menerima teguran
membina daripada Ahli Parlimen Sandakan yang sering memberi amaran bahawa MPS
bakal menjadi penyumbang besar kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 jika
gagal menyelesaikan masalah rakyat.
Sebagai menyahut seruan para
pemimpin kerajaan BN, kini Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terus memperhebat
aktiviti Kempen Anti Kutu Sampah bagi memastikan daerah ini sentiasa bersih dan
indah pada setiap masa.
Penolong Setiausaha
(Operasi) MPS, Mansor Kawi, berkata usaha murni ini mampu dicapai asalkan semua
pihak memberikan kerjasama sepenuhnya seperti tidak membuang sampah sesuka hati,
tetapi menggunakan tong-tong sedia ada.
Beliau berkata, kesedaran
mengenai kebersihan alam sekitar perlu dipupuk kerana adalah menjadi
tanggungjawab bagi menjaga kebersihan apatah lagi pembangunan secara terancang
yang dilaksanakan menuntut masyarakat peka dengan soal melibatkan kebersihan di
sekeliling mereka.
Katanya, MPS akan mengambil
tindakan tegas sekiranya didapati orang ramai membuang sampah di merata-rata
tempat dalam usaha mendidik masyarakat agar menitikberatkan aspek kebersihan,
bukannya berniat menghukum.
"Masyarakat sendiri
akan menerima kesannya jika bandar mereka kotor dan paling penting sekali
jangan menunggu pihak berwajib baru kita menjaga kebersihan, tetapi sentiasalah
menerapkan nilai-nilai cintakan kebersihan dalam diri dan menjadikan ia sebagai
satu amalan gaya hidup yang sihat," jelasnya.
Mansor berkata demikian
kepada pemberita semasa ditemui dalam program 'Eco Shopping Game' di Kolej
Kejururawatan Sandakan, di sini, pagi tadi.
Katanya, pihak MPS dengan
kerjasama Kolej Kejururawatan sebagai 'Duta Anti Kutu Sampah' akan bekerjasama
bagi memastikan matlamat yang dirancang dalam usaha memelihara kebersihan
sekeliling tercapai.
Ini katanya, masyarakat
perlu untuk lebih peka betapa pentingnya menjaga kebersihan kerana ia merupakan
tanggugjawab bersama apatah lagi bandar ini sudah terkenal di kalangan
pelancong dalam dan luar negara.
"Program pada pagi ini
kita telah mendedahkan tentang kesedaran alam sekitar termasuklah pelupusan
sisa-sisa pepejal kerana Kolej Kejururawatan sebagai 'Duta Anti Kutu Sampah'
akan membantu MPS dalam menjaga kebersihan bandar ini.
"Kempen yang dijalankan
ini amat penting memandangkan kita akan melatih pelajar tentang bagaimana
mengendali sisa-sisa pepejal. Sebagai contoh, setiap barang yang kita beli sama
ada di kedai-kedai runcit atau pun pasaraya akan menjadi sampah.
"Sebab itu, program
seperti ini penting kerana ia bertujuan memberikan pendidikan kepada kita untuk
menjaga kebersihan alam sekitar," tambah Mansor.
Eco Shopping Game atau
Permainan Eko Membeli-Belah adalah satu program pendidikan alam sekitar yang
diperkenalkan melibatkan kerjasama antara sebuah badan di Jepun dengan Pusat
Tindakan Alam Sekitar Sabah (AEC).
Program berkenaan bertema
'Sisa dan Gaya Hidup' di mana aktiviti pertama permainan ini adalah
membeli-belah secara olok-olok dalam setiap pasukan mengikut senarai
membeli-belah.
Masa depan permainan itu
adalah bahawa kos rawatan sisa yang dijana daripada barangan yang dibeli
ditolak dari perubahan iaitu tidak seperti membeli-belah biasa dalam kehidupan
seharian.
Tujuan permainan ini adalah
untuk memberi kesedaran tentang masalah sampah yang berkaitan dan apa jua isu
yang melibatkan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment