Wednesday, 9 November 2011

PAS SAMBUT BAIK PEMANSUHAN PPSMI



Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, langkah pemansuhan tersebut dianggap wajar apabila memperlihatkan keadaan masyarakat luar bandar terutama kawasan pedalaman Sabah yang begitu daif dari struktur bahasa dan kemudahan yang banyak mempengaruhi potensi penggunaan PPSMI tersebut

“Keadaan di Sabah terutamanya, boleh dinilai secara mudah. Bagaimana kita mahu meneruskan PPSMI ini sedangkan pelajar-pelajar luar bandar masih lemah penguasaan bahasa Inggeris dan kepakaran guru-guru menguasai PPSMI pun dilihat kurang.

“Lihat sahaja di kawasan pedalaman Sabah yang mana bukan sahaja keadaan sekolah yang usang, malah kemiskinan juga menghantui proses PPSMI tersebut,” katanya.

Beliau juga tidak menolak masih ramai guru-guru terutama dikawasan pedalaman yang bukan sahaja berhempas pulas mendidik pelajar-pelajar pedalaman, malah terpaksa juga melaksanakan pengajaran dua subjek berkenaan dalam dwi bahasa.

“Kita percaya, masih ramai dikalangan guru-guru yang terpaksa menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek berkenaan. Ini sekaligus menyebabkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru-guru semakin bertambah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Peneranganya Mohd Zulfikar Abd. Mijan berkata, Menteri Pelajaran harus mengotakan janjinya bagi memansuhkan PPSMI yang berkuatkuasa tahun 2012.

Dalam pada itu, DPPNS menyumbang 11 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha tahun ini. Sumbangan tersebut telah disalurkan ke seluruh Sabah, antaranya Keningau (4 ekor), Putatan (2 ekor), Tawau (2 ekor), Sepanggar (1 ekor), Kota Belud (1 ekor) dan Beaufort (1 ekor).

Ketuanya Lahirul Latigu berkata, hasil daging korban akan diagehkan ke kawasan sekitarnya untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat setempat.

“Sumbangan itu akan diageh-agehkan kepada masyarakat Islam setempat,” katanya.

Beliau, yang ditemui ketika mengedarkan sumbangan korban di Pulau Gaya bagaimanapun berharap agar seluruh masyarakat saling bekerjasama dan mengeratkan tali persaudaraan sepanjang masa.

“Setiap daripada kita harus memperkukuhkan tali persaudaraan dan bersikap toleransi dalam setiap tindakan. Amanah dan jujur dalam menguruskan hak rakyat mesti tersemat dalam diri,” jelasnya.

1 comment:

  1. When u guys going to improve yourself? Stupid...i'm not about racist. This is for ur child future! The whole world is using English in science and maths. Even the Engineering course subject is in english? U hoping Malay to be ur language,then going down in the era...use ur ass to think bout it.

    ReplyDelete