Wednesday, 9 November 2011

IBADAH KORBAN PUPUK KASIH SAYANG



TERIMA KASIH......Mohd Yamran menyampaikan cenderamata kepada Azizah sebagai tanda kenangan dan terima kasih.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata signifikannya dalam melaksanakan sembelihan binatang korban umat Islam akan bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain dan mampu memupuk budaya gotong-royong dan menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia.

“Melalui kerjasama ini kita dapat meningkatkan budaya gotong-royong dan semangat muafakat. Inilah antara hikmah dan fadilat ibadat korban yang diadakan setiap kali sambutan hari raya Aidiladha tiap-tiap tahun.

“Saya percaya ibadat ini juga mampu menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik,” katanya ketika merasmikan majlis Perujian Takbir Hari Raya Aidiladha di Masjid Kg Limbawang di sini, kelmarin.

Majlis anjuran bersama Badan Masjid, KRT dan JKKK Kg Limbawang itu disertai tiga kumpulan kategori wanita terdiri daripada kumpulan Nurhanis, Nurhawa dan Khusnul.

J

Kumpulan Nur Angan-angan, Rabbani, Nurhidayah, Nurehsan dan Kumpulan Nur pula bersaing dalam kategori lelaki.

Johan bagi kategori wanita kumpulan Nurhanis, Naib Johan Khusnul dan ketiga kumpulan Nurhawa. Johan kategori lelaki pula disandang kumpulan Nur, Naib Johan Nurehsan dan ketiga Nurhidayah.

Pada majlis itu Azizah yang hadir bersama suaminya, Tuan Hj Paiman Abd Karim telah menyempurnakan hadiah kepada pemenang.

Azizah yang juga Adun Klias turut menyampaikan sijil penghargaan kepada penduduk yang telah menderma darah dalam beberapa program yang telah diadakan di kampung itu.

No comments:

Post a Comment