Oleh : DATUK PATRICK SINDU
TINDAKAN memboikot premis
niaga Warga Penyu iaitu warga asing yang memiliki kerakyatan songsang di Sabah
adalah tindakan jihad terakhir bagi menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan
DiRaja (RCI) mengenai Pendatang Asing dan IC Projek.
Walaupun banyak pihak
mengutuk seruan saya agar rakyat Sabah tulen memboikot premis niaga warga asing
yang memiliki IC Projek di Sabah, namun majoriti rakyat Sabah berdiri di
belakang saya untuk menjayakan Visi RCI ini yang mula menampakkan cahaya
setelah gelap gelita sejak 1972.
Di antara pihak yang
menentang saya ialah Dewan Perindustrian dan Perniagaan India Muslim Sabah
(DPPIMS) dan Parti KIMMA Sabah yang dipimpin oleh Datuk Baisul Khan Salman
Faris; termausk ancaman berat untuk menyaman saya.
Dalam hal ini, sebagai
rakyat Sabah, saya tetap berpendirian tegas bahawa atas apa juga alasan, rakyat
Sabah tidak boleh menerima hakikat bahawa pemberian kerakyatan songsang adalah
sah; sebaliknya mencabul kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan Menderhaka
kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.
Kehadiran warga asing
terutama Ahli DPPIMS dan pertubuhan lain yang menggunakan Kad Pengenalan Projek
dan Palsu untuk menjadi ahli adalah 'Mencabul Hak Asasi' rakyat Sabah dan
merupakan jenayah berat yang sewajarnya dihukum TEMBAK seperti yang
dilaksanakan di negara CHINA.
Walau apa juga yang terjadi
dan apa juga cara, pemberian kerakyatan songsang ini harus dihentikan,
dibatalkan dan ditarik balik SERTA MERTA dan pemiliknya wajib meninggalkan
negara ini dalam kadar segera.
Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan
tidak lagi boleh berdolak dalih berhubung Terma Rujukan (TOR) kerana bagi pihak
NGO di Sabah, saya bersama Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Penulis Kontroversi,
Mutalib M.D telah menghantarkan Memorandum Ke Bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong
yang mengandungi TOR yang cukup jelas bersama segala bukti pada 25 Januari 2007
di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Berikut adalah Enam TOR yang
telah dicadangkan dan mendapat perkenaan DYMM Yang DiPertuan Agong ketika itu
seperti berikut;
01. Pemberian kerakyatan Malaysia
secara tidak sah kepada warga asing melalui kad pengenalan projek yang digelar
KP Projek Mahathir.
02. Pemberian kad pengenalan
merah kepada Pemegang IMM13 iaitu kepada pelarian perang dari Filipina
sedangkan Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen 1967 berhubung
Pelarian Perang sehingga Kerajaan menutup Kem Pelarian di Pulau Bidong dan
Rohingya.
03. Pemberian pasport
Malaysia yang sah laku selama dua tahun kepada warganegara asing yang
memperolehi kad pengenalan secara tidak sah dan memansuhkan pasport berkenaan.
04. Mengkaji semula
penahanan 15 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan 25 orang awam yang terlibat
dalam Ops Gembleng iaitu memberikan kerakyatan secara tidak sah di bawah Akta
Keselamatn Dalam Negeri (ISA) dan menarik kembali kad pengenalan yang
dikeluarkan oleh sindiket yang ditumpaskan oleh Kerajaan Malaysia serta
memansuhkan nama mereka dalam Daftar Pemilih.
05. Membuat Dasar berhubung
anak-anak dan keluarga (dependen) Pendatang Asing yang berada secara tidak sah
di Sabah.
06. Menggubal Dasar Khusus
berhubung Peraturan, undang-undang dan pemberian kerakyatan kepada warga asing
melalui cara masukan menurut Perlembagaan Persekutuan.
Memorandum enam perkara yang
telah ditandatangani oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan, Datuk Dr Jeffrey
Kitingan; saya sendiri dan Mutalib M.D sewajarnya menjadi landasan awal untuk
kerajaan melaksanakan RCI sekalipun dalam lawatan terbaru Perdana Menteri ke
Sabah pada 16 dan 17 Jun 2012 tidak langsung menyebut isu penting ini.
jgn beri sokongan kepada PATI, boikot PATI.
ReplyDeletepersoalannya, semua bekerjasamakah boikot PATI?kalau mereka ada kepentingan dengan PATI ni mesti mereka tidak sokong.
Deleteekonomi ni PATI sudah kontrol...
DeletePati harus di halau dari Sabah.
DeletePATI harus dihantar balik. Golongan ini membawa lebih banyak keburukan.
DeletePati harus dihantar balik agar tidak menjejas prestasi perkembangan ekonomi yang dirancang.
DeleteCara terbaik tanggani hal ini ialah boikot Pati contohnya jangan beli barang niaga mereka. Bukan apa kalau kita terus jadi pelanggan mereka, nanti makin naik kepala lah mereka nanti.
ReplyDeletecontohnya rokok seludup. memang murah tapi tetap haram,sama juga dengan PATI yang datang secara haram di negara ni.
Deleteya betul tu...
DeleteBetul tu, tidak perlu beri barangan daripada mereka..utamakan perniaga tempatan.
DeleteKerajaan harus mencari cara penyelesaian dengan bantuan dan kerjasama rakyat.
DeleteGolongan ini tidak harus dikongsi kebajikan yang sama seperti warganegara tulen.
DeletePendek kata rakyat pun punya peranan besar dalam hal ni. Asalkan semua pihak bekerjasama pasti semua masalah dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteKerjasama semua pihak amat diperlukan.
DeleteSokong penuh RCI untuk siasat yang ada IC palsu atau dapat IC ikut pintu belakang.
ReplyDeletekalau rakyat mahu tu PATI diusir, maka jangan beri mereka peluang untuk berkembang dan maju..boikot premis dan barangan jualan mereka..
ReplyDeleteAgree. PATI are not welcome in Sabah. They are troublesome and nuisance.
DeleteApa boleh dibuat jika mereka membuat perniagaan untuk PATI mereka sendiri?
DeleteTidak ada bukti juga. Ini yang menjadi masalahnya sekarang.
ReplyDeleteLet RCI to investigate the root of the PATI and project ic.
ReplyDeleteIsu pati tidak harus berlanjutan sebab golongan ini semakin bertambah dan akan membawa lebih banyak isu seperti masalah sosial, ekonomi dll.
ReplyDeleteBoikot cuma cara jangka pendek, apa akan berlaku jika berganda-ganda jumlah PATI masuk?
ReplyDeletelangkah jangka masa panjang amat diperlukan.
Deleteharap RCI akan menyiasat semua isu berkaitan pati.
ReplyDeletesemoga isu ini akan mendapat penyelesaian terbaik dan tidak terus berpanjangan.
ReplyDeleteYa. diharap penyelesaian terbaik bagi kes ni,.
DeletePATI memang membawa masalah
ReplyDeletesaya cadangkan Datuk Patrick Sindu menganggotai panel RCI di Sabah..
ReplyDelete