Monday, 4 June 2012

KEBEBASAN INTERNET PERLU ADA BATASNYA



Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya supaya memikirkan kembali berkenaan kebebasan Internet, yang mana sebelum ini beliau berkata Internet tidak perlu disekat.

Mantan Perdana Menteri itu dipetik akhbar mingguan Berita Minggu hari ini berkata, kerajaan perlu dibenarkan mencari jalan menapis kekotoran yang masuk melalui internet dan mengambil tindakan.

“Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui Internet. Sudah tentunya jika boleh ada kawalan ia baik.

“Tetapi jika peraturan itu dilanggar, perlu ada kuasa untuk menguatkuasa dan menghukum,” katanya dipetik Berita Minggu hari ini.

Beliau yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua dekad hingga tahun 2003 sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan mengadakan sekatan terhadap Internet sebagai sebahagian usaha kerajaan pimpinannya pada masa itu membangunkan Multimedia Super Corridor.

Beliau turut mengulangi kenyataan sama pada Sidang Kemuncak Tahunan Ketiga Pemimpin Pelajar Malaysia pada Ogos tahun lalu, walaupun mencadangkan tindakan disiplin dikenakan terhadap pesalah Internet.

“Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan yang divetuskan oleh Internet. Untuk itu, saya rasa kita ada hak untuk mengharamkan, tapi, saya rasa dari segi politiknya, jika tidak berlaku perkara itu, ia tidak perlu ditapis,” katanya sebelum ini dipetik Bernama.

Bagaimanapun, perdana menteri yang pernah memerintah negara ini selama 22 tahun dan masih lagi berpengaruh berkata, beliau pada ketika itu tidak menyedari keupayaan sebenar Internet.

“Apabila saya katakan tidak perlu ada penapisan Internet, saya benar-benar tidak menyedari kuasa Internet, kuasa untuk menurunkan nilai moral, menimbulkan masalah, dan kemarahan.

“Oleh itu, kita perlu memikirkan semula kebebasan mutlak yang diberikan kepada Internet,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut menyuarakan pendapat sama dan berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.

“Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Di zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri, dan Malaysia membangunkan Multimedia Super Corridor, Tun berjanji kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan melakukan penapisan terhadap Internet.

“Kerajaan sangat komited dalam perkara itu,” kata Najib sewaktu Sidang Blogger Pertama Serantau Asean pada 24 April tahun lalu.

Media sosial, terutamanya Facebook dan Teitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus 'Arab Spring' di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.

Kerajaan Mesir telah telah mengharamkan Twitter, blog, ekoran perhimpunan besar-besaran yang dirancang melalui laman sosial tersebut.

Terdapat dua cubaan daripada kerajaan untuk mengaplikasikan penapisan seperti yang dilaksanakan negara China, dikenali sebagai 'Green Dam'. Kedua-duanya telah menerima protes meluas oleh pengguna Internet.

Perkembangan Internet telah membolehkan pembangkang menyebarkan maklumat melalui secara 'online' dilihat menjadi faktor Barisan Nasional (BN) tewas sewaktu pilihan raya umum 2008.

Menyedari hal itu, BN mula merekrut unit maya dikenali sebagai 'cybertroophers' untuk merapatkan jurang dengan memberikan latihan kepada setiap ahlinya. (TMI)

17 comments:

  1. Internet freedom does have its limits, the users must know what is acceptable and what is off limits so that they won't get into trouble with the law.

    ReplyDelete
  2. Without proper internet ethics, the government will be forced to implement a censorship. Its not a good thing considering what China is going through for the past decades, internet users in China experienced very strict government scrutiny on their cyber activities and restricted search for certain information such as the Tian An Men square massacre. We don't want the same thing to happen to us.

    ReplyDelete
  3. dunia internet terlalu luas tanpa sempadan, ini menyebabkan ada orang menyalahgunakannya. seharusnya ia ada batasan.

    ReplyDelete
  4. Kalau ditapis atau disekat sekalipun, masih tetap ada yang salahguna malah akan lebih mengundang pada tindakan agresif pihak2 tertentu termasuk menggodam laman2 web kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah guna kebebasan yang ada pasti akan mengundang masalah kepada diri sendiri

      Delete
  5. Memang sudah ada undang2 untuk penggunaan ruang siber ni tapi yang selebihnya bergantung pada pengguna itu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Itu sudah semestinya. Setiap perkara mesti ada batasan yang tertentu.

    ReplyDelete
  7. Kebebasan pun perlu ada limit

    ReplyDelete
  8. sedangkan parti2 pembangkang juga gagal melaksanakan kebebasan bersuara dalam parti, inikan pula jika mereka memerintah negara ini.. saya yakin, mereka akan melaksanakan pelbagai sekatan bagi membolehkan mereka memerintah negara ini lebih lama..

    ReplyDelete
  9. The Malaysian Government has realized this potential of the new media and ICT and is thus doing everything possible to maximize the use and reap the benefits.

    ReplyDelete
  10. Government policy is very important to help utilize the ICT innovation to bring about development.

    ReplyDelete
  11. Because of the Internet, it is easy to order any merchandise from the other side of the planet.

    ReplyDelete
  12. However, the new media is seen with suspicion and distrust by some of the adopters.

    ReplyDelete
  13. The Internet in particular has been blamed by some sectors of the society for promoting immorality.

    ReplyDelete
  14. It must be noted that despite what people see as shortcomings of the new media, there are still benefits that can be derived from it.

    ReplyDelete
  15. The Internet is seen as the most dynamic mass media in this century.

    ReplyDelete
  16. Its interactive nature has attracted people from all walks of life. Unlike its predecessors like the TV and radio, the Internet is also a storehouse of knowledge providing access to huge pile of information.

    ReplyDelete