Saudara Pengarang,
SAYA mewakili sebuah
pertubuhan bumiputera Sabah ingin mengulas sekit tentang sebuah artikel yang
bertajuk Patrick Sindu Masuk MIC Lawan KIMMA? Saya berasa sangat hairan mengapa
ada masyarakat kaum bumiputera tulen Sabah yang begitu tidak puas hati dengan
masyarakat berbangsa lain terutama India Muslim.
Sebelum saya bercerita
panjang, saya mahu terangkan satu maklumat yang saya terima. India Muslim di
Sabah yang mendapat kerakyatan Sabah dengan kod 12 adalah kurang daripada 80
orang. Selain itu, India Muslim yang ada di Sabah memakai kod lahir luar Negara
75 dan kod negeri-negeri lain di Semenanjung iaitu kira-kira 100 orang.
Terdapat segelintir iaitu
kira-kira 110 orang yang masih memakai kad bunga raya atau resit. Golongan ini
seperti diseksa dalam negara kerana tidak dapat keluar meninggalkan Sabah selain
tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah, membuka perniagaan dan melancong
serta mengerjakan haji.
Selain itu, terdapat lebih
kurang 75 orang yang memegang IC merah, resit dan lain-lain. Terdapat juga
lebih 50 orang yang memgang IC beli seperti yang didedah Chung Su Li. Selain
itu, lebih kurang 1,000 lebih India Muslim lain adalah pemegang pasport India
yang mempunyai visa pekerja asing dan melancong serta visa pengarah syarikat
yang sah.
Masyarakat India di Malaysia
termasuk pekerja asing terdiri daripada
orang berbangsa Tamil, Malayalam, Telugu dan sebagainya. Saya sertakan
di bawah ini sejarah India termasuk tabiat sesetengah masyarakat asli Sabah
yang suka memanggil India dengan perkataan menghina 'Kalling' (Keling). Perkataan
ini tidak salah digunakan namun tidak boleh diguna dengan nada menghina.
Dakwaan sesetengah pihak
Sabah dibanjiri India Muslim adalah tidak benar sama sekali. Tidak kurang juga
ada yang mengatakan bahawa kedai-kedai India Muslim tumbuh bagai cendawan
selepas hujan.
Setelah saya kira, rakyat
India Muslim di Sabah yang menjadi warganegara ialah lebih kurang 200 orang
atau lebih tepat lagi 180 orang. Manakala yang masih menunggu menjadi
warganegara melalui cara betul ialah
lebih kurang 185 orang. Bilangan ini amat sedikit dan boleh menjadikan mereka
kaum paling kecil di Sabah. DPPIMS juga difahamkan hanya mempunyai keahlian
keahlian kurang 200 orang.
Sikap sesetengah masyarakat
yang menuduh India Muslim terlalu banyak di Sabah sehingga menyemak dan
menyusahkan orang ramai adalah tidak benar sama sekali. Saya juga perbumi
Sabah, saya dan rakan akan lain tidak pernah pun berpendapat sedemikian rupa. Ternyata
terdapat segelintir orang asli Sabah yang sudah terlalu benci dengan India
Muslim kerana semangat keagamaan dan perkauman yang tinggi.
Jika ada banyak kedai India
Muslim, itu sesuatu yang baik kepada negeri Sabah. Kenapa orang negeri Sabah
malas bersaing secara sihat dengan mereka. Apa tujuan kamu mahu halau dahulu
mereka daripada sini baru mahu memulakan hidup? Seorang pemilik kedai boleh
membuka beberapa cawangan di seluruh Sabah.
Saya rasa tidak sampai pun
100 pemilik kedai India Muslim di seluruh Sabah. Beberapa orang antaranya BTC
group, Maimunah, Kain Mewah dan sebagainya mempunyai puluhan kedai di seluruh
Sabah. Mereka semua antara berasal usul daripada Semenanjung Malaysia.
Saya sebagai masyarakat
peribumi Sabah mencadangkan kepada kerajaan agar membuat lebih banyak projek IC
kepada Orang India Muslim Sabah terutama kepada pekerja asing India yang lama
berkhidmat di Sabah.
Saya mengalu-alukan lebih
ramai India Muslim berhijrah daripada Semenanjung Malaysia datang membuka
perniagaan di samping masuk ke dalam perkhidmatan awam. Saya minta bangsa lain
agar tolong menjadikan 'patner' mereka daripada masyarakat bumiputera supaya mereka
boleh belajar selok-belok perniagaan yang amat luas itu.
Saya sudah bosan dengan
sikap rakyat Sabah yang tidak pandai memajukan diri dan bangsa. Saya kesal
dengan mereka yang sering melaungkan "Sabahan untuk Sabahan."
Perkara ini tidak patut.
Walaupun betapa buruk kerajaan Semenanjung Malaysia di bawah UMNO dan BN, tetapi
merekalah yang merancang dan memajukan negeri Sabah. Pada masa itu, orang Sabah
semua tidak tahu apa-apa dan tinggal di kampung dan hutan.
Mereka semua hanya pandai
minum dan main judi dan memegang beberapa amalan nenek moyong yang sebenarnya
tidak lagi sesuai di zaman ini. Saya mengakui bahawa Sabah adalah dimajukan
oleh orang Melayu, Cina Dan India. Mereka telah datang, membuka perniagaan, pelaburan
dan sebagainya dan meningkatkan sosioekonomi negeri ini.
Kini apabila negeri ini
sudah sedang membangun maju, keluarlah beberapa 'Wira Sesat' untuk menghalau
bangsa bangsa ini. Mereka mahu menghalau orang Melayu, Cina dan India balik ke Semenanjung
Malaysia. Saya tidak bersetuju dengan hal ini. Orang Sabah tidak ramai yang
pandai dan berpelajaran. Mereka hanya boleh duduk dalam kampung dan membuat
hal. Tidak ramai masyakarat bumiputera Sabah yang berjaya. Jika ramai, maka
kita boleh gunakan mereka untuk mengisi jawatan kerajaan juga.
Saya tahu sikap sesetengah
orang yang membenci India Muslim adalah berkepentingan sendiri. Contohnya
seperti Patrick Sindu. Mengapa tidak sahaja rakyat Sabah berani menyuarakan
rasa tidak puas hati mereka terhadap kaum India bukan Muslim dan Muslim di
bawah MIC? Saya harap kita membaca artikel ini, 'MIC Parti Haram Di Sabah? Selepas
kita baca itu, kita sedar ribuan India di Sabah itu adalah mereka yang di luar
India Muslim (DPPIMS). Saya Cuma tidak puas hati dengan IC yang dibeli sahaja
oleh beberapa individu termasuk India Muslim seperti yang di dedahkan melalui
artikel 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah? Jika Patrick pejuang bangsa, minta
kerajaan ambil tindakan terhadap orang tersebut.
Jangan kita suka membuat
tuduhan tanpa bukti kukuh dan membuat kajian. Apabila ada pihak DPPIMS ingin
memperjelaskan kepada kita, kita sama sekali tidak bersedia mendengarnya malah
melawan mereka seolah-olah kita sangat pandai.
Masyaarakat India merupakan
Masyarakat yang antara paling berjaya di dunia. Mereka duduk berjawatan besar
di hampir kebanyakan Negara Eropah, Timur Tengah dan termasuk Malaysia. Mereka
juga mempunyai kemahiran berniaga seperti orang Cina. Jangan kita nafikan
kemahiran orang India dan Cina berniaga. Sebelum Malaysia wujud, sebelum Melaka
wujudpun, sebelum dunia ada banayk Negara sepeti sekarang, Cina Dan India sudah
memulakan perniagaan mereka termasuk berdagang jauh.
India dan Cinalah yang
mengajar Malaysia semua. Tanpa kaum ini, Malaysia juga tidak akan berjaya.
Sikap beberapa individu yang ingin masyarakat ini dikeluarkan semula daripada
Sabah adalah tidak wajar sama sekali.
Jika ada IC Projek, saya
merasakan perlu ditambah kepada golongan India dan Cina kerana mereka tidak
membuat banyak jenayah dan masalah sosial seperti pendatang Negara jiran kita. Saya
juga bersama ahli-ahli pertubuhan kami akan mencadangkan kepada RCI agar mereka
yang tidak mengunakan wang mendapatkan IC dibenarkan terus berbakti kepada
Sabah.
Saya risau, jika bangsa ini
keluar, orang bangsa asli kami yang tidak pandai apa-apa akan merosakkan negeri
ini sehingga akan dituntut semula oleh Filipina dan sebagainya.
Saya mencadangkan agar Datuk
Baisulkhan Salman Faris agar tidak mempedulikan sikap mereka yang menzalim orang
India ini. Mereka tidak sedar peranan DPPIMS dalam memajukan sektor ekonomi
Negara. Mereka tidak ada sebarang usaha menyaingi Kaum India secara sihat di Negara
ini.
Mereka juga lemah sejarah
kerana tidak menyedari hakikat sebenar kehadiran India di Malaysia terutama di
Sabah. Orang India ada di mana-mana seluruh dunia kerana mereka sangat
berperanan dahulu. Begitu juga Cina. Mereka berdagang, kemudian menyebarkan
ajaran agama dan kemudian menetap di situ. Mereka berkahwin dengan orang
tempatan untuk menyebarkan Islam.
Saya membaca melalui ruang
komen bahawa Datuk Baisulkhan begitu banyak berjasa kepada Sabah. Beliau juga
telah mengIslamkan ramai orang pribumi Sabah di samping mereka mendapat
sokongan kuat kaum bumiputera daripada beberapa kawasan kaum ini.
Saya mengucapkan Tahniah
kepada Datuk Baisul. Diharapkan teruskan usaha mulia ini. Salah satu cara yang
boleh digunakan untuk menyebarkan Islam seperti cara zaman dahulu kala ialah
melalui perkahwinan. Saya berharap India Muslim dapat berkawin dengan
masyarakat pribumi supaya kita terus dapat menjaga semangat perpaduan, kebebasan
agama dan sebagainya.
Jangan peduli kata seorang
dua yang mengatakan India Muslim dahagakan tubuh perempuan tempatan. Itu semua
fitnah untuk menjatuhkan India Muslim. Mereka berlindung di bawah parti-parti
politik musuh DPPIMS untuk menjatuhkan kaum ini. Semua komen orang dalam Sabahkini.net
adalah komen yang ditaja khas utk menburukkan DPPIMS.
Jika mereka berani berjuang,
kenapa tidak dedahkan banyak skandal
orang Indonesia dan Filipina di sekitar Kota Kinabalu, Sembulan, Inanam dan
pelbagai tempat. Mereka secara terang-terang melakukan maksiat dan jenayah, tetapi
masyarakat pribumi tidak sakit hati melihatnya. Sebaliknya DPPIMS yang lebih menumpukan
kepada perniagaan dan kemasyarakatan dihina, dikeji dan diaibkan seteruk itu.
Nampak sangat sikap orang
kita yang mementingkan diri sahaja. Kita harus malu di hadapan mereka. Mereka
semakin maju kerana kerja keras mereka. Kita pula dibayangi rasa irihati, cemburu
kerana melihat mereka berjaya sedang kita tidak. Salah siapa sebenarnya?
Akhir kata, hentikan mengina
India Muslim. Sedarlah bahawa mereka juga membantu dalam ekonomi kepada negara
dan negeri. Mari kita mencontohi usaha dan kerja keras mereka. Kita sama-sama
majukan Negara dan negeri tercinta ini.
Kepada DPPIMS, teruskan
usaha murni anda. Kami masyarakat pribumi yang baik dan berfikiran waras adalah
sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan yang DPPIMS anjurkan. Kami bersedia
membantu anda semua apabila diperlukan dengan semangat 1 Borneo.
Jangan peduli suara suara sumbang yang menghina kamu itu. Mereka semua contoh orang yang tidak akan berjaya sampai bila-bila. Saya pernah mendengar ayat suci kamu kata "tuhan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya". Betul bahkan DPPIMS?
Kepada Kerajaan, buatlah
sesuatu untuk menanamkan perpaduan yang semakin tergugat ini yang dipimpin oleh
orang politik sendiri. Kita harus ada rasa kasih sayang terhadap kaum lain
kerana semua bangsa di dunia diciptakan oleh tuhan. Saya antara yang menyokong
usaha jika kerajaan ingin memberikan kerakyatan atau penduduk tetap kepada
golongan yang boleh berjasa kepada Negara kita. Saya malu dengan kaum sendiri
yang hanya pandai menaruh rasa iri hati yang melampung melihat bangsa lain yang
terus maju.
Salam Hormat,
KIRBY MARTIN.
apa nama pertubuhan ko tu?mungkin ada benarnya ko punya pendapat tapi cadangan yang ni saya bantah:"Saya sebagai masyarakat peribumi Sabah mencadangkan kepada kerajaan agar membuat lebih banyak projek IC kepada Orang India Muslim Sabah terutama kepada pekerja asing India yang lama berkhidmat di Sabah".
ReplyDeleteBetul2. Sebab ramai mereka yang meragukan.
DeleteKirby Martin, u re talking cock only... who are u to pass judgement to us as not doing enough to success and compete with the keling...? belum tentu lagi siapa kuat karaja o.... tapi peluang sama rata terbantut sama sekali selepas kehadiran keling2 ini.. kedai2 makan & kedai runcit mereka tidak banyak membawa faedah kepada Sabah!.. lebih2 yg diusaha dan dimiliki oleh warga india asing. mereka tidak membayar cukai utk sesetengah item. sebagai contoh rokok seludup, mercun dsb. aliran tunai domestik juga terganggu kerana mereka ini cenderung utk menghantar keluar duit keuntungan mereka ke negara asal berbanding menyimpannya d bank2 tempatan.
ReplyDeleteOrang buta pun boleh menyedari akan kebanjiran mereka d sini. Bau badan mereka yg kurang menyenangkan (bau kari) membezakan siapa pribumi dan siapa keling. sikap mereka yg kurang ajar juga menyakitkan hati.
jika mereka gunakan jalan sah, tak ada masalah. jgn ja jgn tidak sah.
ReplyDeleteJalan songsang tu yang harus disiasat
Deletesebahagian daripada petikan daripada artikel diatas:
ReplyDelete“Saya sudah bosan dengan sikap rakyat Sabah yang tidak pandai memajukan diri dan bangsa.”
“Pada masa itu, orang Sabah semua tidak tahu apa-apa dan tinggal di kampung dan hutan.”
“Mereka semua hanya pandai minum dan main judi dan memegang beberapa amalan nenek moyong yang sebenarnya tidak lagi sesuai di zaman ini.”
“Orang Sabah tidak ramai yang pandai dan berpelajaran. Mereka hanya boleh duduk dalam kampung dan membuat hal.”
“Tidak ramai masyakarat bumiputera Sabah yang berjaya.”
“Saya risau, jika bangsa ini keluar, orang bangsa asli kami yang tidak pandai apa-apa akan merosakkan negeri ini sehingga akan dituntut semula oleh Filipina dan sebagainya.”
penulis ni dia tujukan untuk beberapa pihak ka atau semua rakyat Sabah?? apa motif beliau menghina rakyat Sabah?? tidak pernah pula saya dengar orang sabah menyuarakan secara terang2an mahu menghalau Cina dan India.. kalau PATI ada la..
ReplyDeletekalau betul masyarakat India paling berjaya di dunia, kenapa tidak majukan negara India????
Sabahkini tidak patut menyiarkan artikel yang berunsur penghinaan melampau seperti ini.. setahu saya rakyat Sabah adalah rakyat yang paling mudah bertolak ansur dengan bangsa lain.. Sabah adalah negeri yang paling aman di Malaysia sebab sikap rakyatnya.. di sebabkan sikap rakyat Sabah la semakin banyak PATI di negeri ini yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama..
ReplyDeleteyang mahu diusir itu adalah PATI bukannya bangsa.. saya harap Kirby Martin buka la kamus dan banyakkan membaca supaya tahu membezakan apa itu PATI dan apa itu BANGSA..
cuba check Restoran Maimunah Lok kawi (Sabindo),pekerja2nya org apa?KIRBY MARTIN..jangan lontar batu sembunyi tangan.Anda mewakili pertubuhan apa?kALAU BERANI BERMAIN API,tunjukkan diri agar dikenali...atau anda sekadar penulis upahan kadai kaling?
ReplyDeletehahahaa satu cabaran yang menarik dari adchempiang. Berani kah KIRBY MARTIN..Mesti ketakutan udah itu kan.
ReplyDeleteKIRBY MARTIN adalah orang Sabah tulen??
Delete