HANYUT.....Sinuti
Sipitang menunjukkan jambatan yang dihanyutkan air banjir Sungai Punteh.
Oleh: JACOB BALANG
SOOK: Penduduk di kawasan
Mukim Dalit merangkumi 24 buah perkampongan termasuk SAFODA dan SLDB terputus
hubungan lagi apabila jambatan menyeberangi Sungai Punteh Kg Tigasa dihanyutkan
air banjir tengah malam rabu, menambahkan kebosanan dan keresahan penduduk
bilakah masalah mereka akan berakhir.
Jambatan yang diperbuat
daripada kayu itu mungkin memakan masa beberapa minggu untuk dibaiki atau
kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa membina sebuah laluan
alternatif lain disitu bagi membolehkan kenderaan yang terkandas diseberang
(daripada Mukim Dalit) turun ke bandar.
“Kalau sekadar untuk turun
ke bandar bagi urusan berbelanja atau ke hospital mereka boleh juga turun
disini (tempat jambatan runtuh) kemudian sambung ikut kenderaan lain ke
bandar...tetapi bagaimana pula kenderaan besar seperti lori pengangkut buah
sawit dan minyak yang terkandas disitu.
“Tidakkan pula kelapa sawit
terus dibiarkan di sana kerana selagi buah itu terus tersimpan di situ kualiti
perahan minyak akan susut...(jadi) kami minta kerajaan buatlah sesuatu tindakan
yang cepat,” tegas Sinuti bin Supitang 59, pada Khamis, bekas Pengerusi JKKK Kg
Punggul Mukim Dalit yang juga salah seorang pemilik kenderaan yang turut
tersadai disitu.
Selain itu, menurut seorang
lagi pemimpin masyarakat KAN (Ketua Anak Negeri) Masinggil b. Andingus 57,
jalanraya Ansip – Dalit sepatutnya sudah dinaiktaraf termasuk beberapa jambatan
yang terdapat disepanjang jalanraya sejauh kira kira 40 kilometer itu,
sepatutnya telah dilaksanakan sejak tahun 2008 hingga 2011 namun sehingga kini
masih belum dilaksanakan.
Beliau berkata, mereka juga
amat ternanti nanti bilakah kerajaan dapat merealisasikan satu program membantu
meningkatkan pembangunan luar bandar seperti NKRA dibawah kelolaan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sepertimana kerajaan telah uar uarkan
sebelum ini.
BECAK.....
Beginilah keadaan jalanraya yang becak dan licin.
“Masalah sebeginilah yang
sering menghantui kami...bila musim hujan dan banjir pasti jambatan dihanyutkan
selain jalanraya becak, licin dan berlubang-lubang.
“Setakat ini sudah lebih 5
buah kenderaan terbabas dan terbalik kerana permukaan jalanraya licin...sampai
bila kami bertahan sebegini rupa,” tegasnya.
Dalam pada itu, beberapa
penduduk turut meluahkan perasaan mereka termasuk salah seorang usahawan
tanaman sawit dan ternakan yang terkenal yang enggan indentitinya didedahkan merasa
kecewa dengan kelembapan pembangunan dilaksanakan dikawasan itu.
Selain air sungai yang
senantiasa keroh tidak ubah seperti warna 'milo o' kerana aktiviti pembalakkan
yang tidak terkawal tetapi juga masalah bekalan elektrik dari pusat pembekal
sehingga ke Mukim Dalit di mana wayar “ HT: high tensin dan LT: low tension)
sudah terpasang namun sehingga sekarang belum ada bekalan elektrik/belum
beroperasi.
No comments:
Post a Comment