Oleh : TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA KINABALU : DAP Sabah hebat
menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar
parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO).
Edward yang menyerahkan
sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam
satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP
Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.
Minggu lalu, Ketua DAP
Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya
dan menyertai UPKO.
Edward berkata, antara
penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih
tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti
Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik
Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). (UM)
No comments:
Post a Comment