Oleh : KELAPA MAWAR
PERTEMBUNGAN paling hangat dalam
sejarah politik Sabah antara dua calon di satu kawasan Parlimen tentunya berada
di Kota belud. P169 menyaksikan pertemuan antara setiausaha BN Sabah, datuk
rahman dahlan dengan calon PKR , anak tempatan Cik Munirah Majlid.
Pertembungan dua calon ini persis
pertemuan dua arus besar laut Cina Selatan dengan laut Sulu di Tanjung Magayau,
Kudat. Arusnya kuat, berpusing-pusing, derasnya bukan kepalang. Bunyinya gerak
gempita tatkala air pasang dan surutnya bisa kelihatan batu dan karang.
Saya katakan sebagai satu
pertembungan yang mencatat sejarahnya yang tersendiri kerana dalam sejarah
politik Kota belud, inilah julung-julungnya 'diperturunkan' seorang calon
wanita. Strategi PKR nyata ampuh dan berwawasan. Tidak sia-sia kunjungan Datuk
Seri Anwar Ibrahim beberapa kali di Kota belud selain dari ceramah umumnya,
nyata percaturan Ketua Umum PKR itu masih berbisa.
DSAI tahu bahawa hanya
dengan cara meletakkan calon wanita yang mewakili golongan muda, kedudukan
Datuk Rahman Dahlan akan tergugat. DSAI tahu sejarah politik KB. DSAI membaca
pergerakan demografi dan kelahiran luar jangka penduduk KB.
DSAI tahu dengan meletakkan
calon wanita, yang mewakili 60% pengundi kawasan parlimen Kota belud. Jika itu
memihak kepada calon PKR, Munirah Majilid, bermakna selebihnya hanya penentu
undi kemenangan.
Sebab itu dalam banyak
ceramah DSAI di Kota belud, Ketua Pembangkang ini melabelkan Datuk Rahman
Dahlan sebagai 'angkuh' dan 'sombong'. Dengan meletakkan calon wanita pada PRU
13 ini, nyata DSAI mahukan DARD 'dimalukan' dalam sejarah politik peribadinya.
BN dan UMNO Sabah, nyata
gagal membaca nawaitu DSAI yang selalu berkunjung di KB. DSAI tahu dan pasti
dengan keyakinan 99% Datuk Rahman akan dicalonkan kembali di KB lantaran
kelantangan mengkritik PR di Dewan Rakyat.
Satu-satunya pemimpin
mewakili golongan muda di Sabah yang sebegitu menonjol dalam setiap kali
perbahasan di Parlimen termasuk menyertai apa-apa program BN dan UMNO, sama ada
dalam wacana dan bicara rakyat.
Pertembungan DARD dan
Munirah ini akan menyaksikan pertembungan 'dua darjat'. Antara calon wanita dan
calon lelaki. Dua gender yang berbeza dan juga berbeza dari status kependudukan
mengikut daerah.
DARD adalah orang Tuaran,
manakala Munirah adalah Anak Jati KB. Kedua-duanya adalah calon mewakili
golongan profesional dan golongan muda. Hanya yang membezakan mereka ialah sama
ada salah seorangnya dapat menarik sokongan golongan 'atas pagar' sebagai
loncatan kemenangan mereka.
DARD nampaknya memikul tugas
yang amat berat atas pundaknya. 'MEMPERTAHAN' adalah lebih bahaya dari 'MEREBUT'
pada hemat saya, selepas penamaan calon harini, 20 April 2013, DARD tidak akan
lagi 'bertafakur' lama; sebaliknya akan menyusun strategi dan akan menggunakan
segala kelebihan yang ada untuk memastikan P169 masih dalam gengamannya.
Pada waktu yang sama, kita
juga percaya, Munirah tidak akan menunggu lama, akan menggerakan jentera PKR di
KB dan Sabah untuk menyusun plan A dan Plan B hatta mungkin hingga ke plan Z
untuk 'menggoda' DARD meninggalkan takhta P169 Kota Belud ini.
Situasi ini akan lebih
menarik jika DARD dan MUNIRAH dipertemukan atas padang yang rata. Satu lawan
satu. Kita juga berharap agar kedua-dua pihak tidak berselindung dengan
calon-calon BEBAS tajaan mereka; sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada
keputusan rakyat KB untuk menentukan siapa sebenarnya yang benar-benar layak
mewakili aspirasi mereka.
Kita juga tertunggu-tunggu
apakah isu yang akan menjadi talian hayat DARD. Prestasinya? Kredibilitnya? Wawasannya?
Projek bekalan airnya? ataupun isu-isu peringkat nasional yang membingitkan
telinga rakyat KB.
Apakah juga MUNIRAH telah
bersedia mempamerkan segala macam kecacatan DARD sewaktu menjadi MP kota Belud.
mendedahkan kepincangan dalam pengurusan dan pengagehan peruntukan Parlimen?
atau MUNIRAH sudah punya bukti nyata untuk mempengaruhi rakyat KB untuk menolak
DARD? Sama-sama kita tunggu!.
No comments:
Post a Comment