Sunday 10 June 2012

20 PERKARA SATU SUBJEK DI SEKOLAH?




Oleh: JACKSON LU

TENOM : Jawatankuasa Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) DUN Melalap menegaskan  bahawa sudah sampai masanya kerajaan memasukkan sejarah pembentukkan Malaysia khususnya dokumen 20 Perkara ke dalam salah satu mata pelajaran diajar di sekolah supaya generasi muda lebih memahami mengenainya.

Pengerusinya, Sidum Manjin berkata, adalah tidak wajar sama sekali bahawa sejarah pembentukan Malaysia sekitar tahun 1963 itu, yang memaparkan lakaran sejarah penting tidak dibukukan.

“Itu sebabnya banyak yang tidak tahu sejarah itu apa lagi dokumen 20 Perkara yang turut mengandungi butiran pra-syarat persetujuan pemimpin Sabah membentuk Malaysia kini menjadi bahan politik. Lebih-lebih lagi generasi muda yang dilahirkan sebelum tahun 1963,” kata beliau.

Beliau yang juga merupakan seorang bekas Guru sebelum menceburkan diri dalam arena politik sepenuh masa dan kemudiannya bertanding atas tiket Parti Bersekutu pada Pilihanraya umum kali ke-12 (Tahun 2008) kawasan Dun Sook tetapi tewas.

Bagaimana pun Sidum menyertai Parti Kita beberapa bulan lalu dan dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras parti itu bagi kawasan Dun Melalap.

Sidum berkata, usaha pihak tertentu untuk mengkaji dan menerapkan sebahagian daripada kandungan 20 Perkara ke dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan sesuatu perkara yang baik namun hak rakyat mengikut apa yang terkandung dalam dokumen itu tidak harus diketepikan mahupun dipersendakan.

“Menidakkan kesahihan 20 Perkara antara sebab rakyat marah kerana mereka (rakyat) telah mengambil pegangan bahawa kandungan dalam dokumen itu merupakan asas kepada persetujuan rakyat sehingga termeterainya pembentukan itu yang mereka anggap sebagai muktamad dan tidak boleh diubah lagi,” tegas Sidum.

Tambahnya lagi, rakyat tentunya mengharapkan setiap pemimpin tidak kira ianya dikalangan pembangkang mahupun kerajaan seharusnya menjadikan dokumen 20 Perkara itu sebagai tunggak utama paksi perjuangan mereka.

Tegasnya, mungkin juga generasi baru berpuluh tahun akan datang akan bertanya pada diri mereka malah teringin mendalami pengetahuan sejarah itu setelah mengikuti perkembangan sejarah seperti ini di Eropah khususnya United Kingdom yang pernah menjajah negeri ini suatu ketika dahulu berhubung pembentukan Malaysia 1963 yang melibatkan tiga wilayah meliputi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sedangkan Negara ini tiada catatan rasmi sejarah seperti itu.

13 comments:

  1. sejarah pembentukan Malaysia dan perkara 20 harus diketahui semua rakyat. ia harus diajar disekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people have the right to know the truth of the history.

      Delete
  2. dgn pengetauan ini, rakyat tau akan hak2 mereka dan ia dpt menanamkan semangat cintakan tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is true, hope the education can create the attention to love the out homeland.

      Delete
  3. The people ought to know about the truth behind the formation of Malaysia especially the young generation so that the true history will be passed on from one generation to another.

    ReplyDelete
  4. Cadangan utk memasukkan dalam pembelajaran harus dikaji juga. Anak-anak Malaysia harus tahu juga sejarah perjuangan pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Semangat perjuangan 20 perkara harus berterusan.

    ReplyDelete
  6. If we can learn about Malacca's history, why should not we learn about 20 Points as well?

    ReplyDelete
  7. Sejarah pembentukkan Malaysia dimasukkan kedalam sejarah satu cadangan yang baik.

    ReplyDelete
  8. Satu cadangan yang bagus dibuat di Sabah. Ini akan dapat membantu memahami penduduk Sabah akan 20 perkara tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the 20 Points must be seen from its spirit, the message written between the lines, and the spirit shall prevail and respected by all as long as Malaysia exists

      Delete
  9. Assistant Youth and Sports Minister Datuk Jahid Jahim said the 20 Points is proof that our former leaders and forefathers through the referendum, namely the Cobbold Commission, only agreed to form Malaysia together with Malaya, Sarawak and Singapore with conditions that Sabah’s interests be safeguarded.

    ReplyDelete
  10. ngam la tu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah.. sekurang2nya pelajar2 ini tahu cerita sebenar disebalik 20 perkara.

    ReplyDelete