Oleh: JACKSON LU
TENOM : Jawatankuasa
Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) DUN Melalap
menegaskan bahawa sudah sampai masanya
kerajaan memasukkan sejarah pembentukkan Malaysia khususnya dokumen 20 Perkara
ke dalam salah satu mata pelajaran diajar di sekolah supaya generasi muda lebih
memahami mengenainya.
Pengerusinya, Sidum Manjin
berkata, adalah tidak wajar sama sekali bahawa sejarah pembentukan Malaysia
sekitar tahun 1963 itu, yang memaparkan lakaran sejarah penting tidak
dibukukan.
“Itu sebabnya banyak yang
tidak tahu sejarah itu apa lagi dokumen 20 Perkara yang turut mengandungi butiran
pra-syarat persetujuan pemimpin Sabah membentuk Malaysia kini menjadi bahan
politik. Lebih-lebih lagi generasi muda yang dilahirkan sebelum tahun 1963,”
kata beliau.
Beliau yang juga merupakan
seorang bekas Guru sebelum menceburkan diri dalam arena politik sepenuh masa
dan kemudiannya bertanding atas tiket Parti Bersekutu pada Pilihanraya umum
kali ke-12 (Tahun 2008) kawasan Dun Sook tetapi tewas.
Bagaimana pun Sidum
menyertai Parti Kita beberapa bulan lalu dan dilantik sebagai Pengerusi
Penyelaras parti itu bagi kawasan Dun Melalap.
Sidum berkata, usaha pihak
tertentu untuk mengkaji dan menerapkan sebahagian daripada kandungan 20 Perkara
ke dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan sesuatu perkara yang baik namun hak
rakyat mengikut apa yang terkandung dalam dokumen itu tidak harus diketepikan
mahupun dipersendakan.
“Menidakkan kesahihan 20
Perkara antara sebab rakyat marah kerana mereka (rakyat) telah mengambil
pegangan bahawa kandungan dalam dokumen itu merupakan asas kepada persetujuan
rakyat sehingga termeterainya pembentukan itu yang mereka anggap sebagai
muktamad dan tidak boleh diubah lagi,” tegas Sidum.
Tambahnya lagi, rakyat
tentunya mengharapkan setiap pemimpin tidak kira ianya dikalangan pembangkang
mahupun kerajaan seharusnya menjadikan dokumen 20 Perkara itu sebagai tunggak
utama paksi perjuangan mereka.
Tegasnya, mungkin juga
generasi baru berpuluh tahun akan datang akan bertanya pada diri mereka malah
teringin mendalami pengetahuan sejarah itu setelah mengikuti perkembangan
sejarah seperti ini di Eropah khususnya United Kingdom yang pernah menjajah
negeri ini suatu ketika dahulu berhubung pembentukan Malaysia 1963 yang
melibatkan tiga wilayah meliputi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sedangkan
Negara ini tiada catatan rasmi sejarah seperti itu.
sejarah pembentukan Malaysia dan perkara 20 harus diketahui semua rakyat. ia harus diajar disekolah.
ReplyDeleteThe people have the right to know the truth of the history.
Deletedgn pengetauan ini, rakyat tau akan hak2 mereka dan ia dpt menanamkan semangat cintakan tanah air.
ReplyDeleteThat is true, hope the education can create the attention to love the out homeland.
DeleteThe people ought to know about the truth behind the formation of Malaysia especially the young generation so that the true history will be passed on from one generation to another.
ReplyDeleteCadangan utk memasukkan dalam pembelajaran harus dikaji juga. Anak-anak Malaysia harus tahu juga sejarah perjuangan pembentukan Malaysia.
ReplyDeleteSemangat perjuangan 20 perkara harus berterusan.
ReplyDeleteIf we can learn about Malacca's history, why should not we learn about 20 Points as well?
ReplyDeleteSejarah pembentukkan Malaysia dimasukkan kedalam sejarah satu cadangan yang baik.
ReplyDeleteSatu cadangan yang bagus dibuat di Sabah. Ini akan dapat membantu memahami penduduk Sabah akan 20 perkara tersebut.
ReplyDeletethe 20 Points must be seen from its spirit, the message written between the lines, and the spirit shall prevail and respected by all as long as Malaysia exists
DeleteAssistant Youth and Sports Minister Datuk Jahid Jahim said the 20 Points is proof that our former leaders and forefathers through the referendum, namely the Cobbold Commission, only agreed to form Malaysia together with Malaya, Sarawak and Singapore with conditions that Sabah’s interests be safeguarded.
ReplyDeletengam la tu dimasukkan dalam matapelajaran di sekolah.. sekurang2nya pelajar2 ini tahu cerita sebenar disebalik 20 perkara.
ReplyDelete