Wednesday 6 June 2012

AMANAH, PUCUK DICITA, ULAM MENDATANG



HADIR..... Lajim Ukin (dua dari kiri) sedang ditemuramah pemberita berhubung kehadirannya di majlis itu. Turut kelihatan pimpinan AMANAH Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih (kedua dari kanan) dan Haji Awang Puasa (kanan sekali).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PELANCARAN RASMI Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Negeri Sabah di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu pada ahad lalu ibarat 'pucuk dicita, ulam mendatang' dianggap sebagai satu lagi wadah rasmi kepada rakyat Sabah menyalurkan pandangan mereka.

Pelancaran AMANAH Sabah telah dilakukan sendiri oleh Presidennya, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dibanjiri dengan sokongan dan kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Haji Sukam; Bekas Menteri Pembangunan Pertanian Negeri Sabah, Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha; Bekas Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penya, Datuk John O.T Ghani dan Bekas Timbalan Menteri Buruh Malaysia, Datuk Kalakau Untol.

Selain itu, Bekas Setiausaha Kerajaaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun yang juga merupakan Aktivis terkenal Masyarakat Sabah dan Bekas Menteri Pengangkutan Malaysia, Ong Tee Kiat yang juga salah seorang Timbalan Presiden AMANAH Kebangsan dan Bekas Presiden Persatuan Penguna Negeri Sabah (CASH), Datuk Patrick Sindu.

Pemimpin tempatan yang turut hadir termasuklah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing merangkap Pengerusi AMANAH Negeri Sabah dan Timbalan Presiden AMANAH Sabah, Datuk Monggoh Orow yang juga Mantan Ahli Parlimen Tuaran serta kira-kira 1,000 orang hadirin.

Mereka turut memeriahkan pelancaran yang telah diserikan oleh persembahan kebudayaan Betitik dan Silat Kaum Bajau Samah dari Sulaman, Persembahan Tarian Suku Kaum Murut dari Pensiangan dan Persembahan Betitik serta Tarian dari Suku Kaum Bisaya dari Beaufort.



PEMIMPIN.....Sebahagian pimpinan AMANAH Sabah merakamkan gambar dengan Presiden Tengku Razaleigh Hamzah (Keempat dari kiri) selepas pelancaran itu.Turut juga kelihatan Timbalan-timbalan  Presiden AMANAH, Ong Tee Kiat dan Tan Sri Simon Sipaun.


 


KENANGAN....Kelihatan Tengku Razaleigh Hamzah (kanan) sedang menerima cenderakenangan yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Monggoh Orow. Turut menyaksikan Naib Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha (tengah).

Pengerusi AMANAH Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih yang menyatakan setelah dengan rasmi AMANAH Negeri Sabah itu dilancarkan, maka ia akan melakarkan satu lagi kegiatan NGO yang berperanan untuk mengemblengkan suara dan tenaga ahli-ahlinya serta penduduk pelbagai bangsa untuk menjadikan AMANAH sebagai medium cetusan harapan Semangat Malaysia yang baru di negeri ini.

Kata Haji Ghulabdin yang juga Mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tuaran, kewujudan pelbagai badan politik yang selama ini menjadi saluran bagi penyebaran suara hati rakayat, tidak dapat memenuhi harapan rakyat di mana ia didapati tidak mencukupi kerana ada ketikanya badan-badan siasah itu tidak boleh dipergunakan secara bebas kerana ia mempunyai had-had tertentu yang membatasi suara hati nurani dicetuskan menerusi saluran politik.

"Sehubungan itu Saya amat menyokong pandangan Presiden AMANAH Malaysia; Tengku Razaleigh yang mengesa rakyat negri ini agar meruntuhkan tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain; di samping mengembalikan semangat setiakawan, persaudaraan dan persefahaman tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, " kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah.

Suara dan teguran rakyat kepada kerajaan, kata Haji Ghulabdin, adalah intipati kebenaran dan menerusi AMANAH disampaikan kepada Kerajaan; maka Suara Perpaduan Rakyat, Suara Solidariti dan Suara kebangkitan dengan rakyat akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap melampau dan pembaziran.

Haji Ghulabdin menaruh keyakinan bahawa suara rakyat akan terus bergema demi keadilan sejagat kerana AMANAH akan berpegang kuat kepada prinsip integriti dan tidak akan gagal dalam usaha untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

Semasa Majlis Pelancaran AMANAH itu juga telah diserahkan borang-borang penyertaan sebagai ahli dari kira-kira 3,000 pemohon dari seluruh negeri ini dan selepas pelancaran AMANAH negeri akan juga diadakan pelancaran berperingkat-peringkat badan NGO itu di setiap Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada masa akan datang.

9 comments:

  1. moga Amanah berjaya dalam agenda dan perjuagan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam objektif penubuhan Amanah.

      Delete
  2. Ada pemimpin yang mahu keluar parti dan sertai Amanah? macam mana dengan Wilfred Bumburing?ada khabar sejak tahun lalu beliau akan meninggalkan UPO dan sertai Amanah.

    ReplyDelete
  3. Congratulations on the launching of Amanah, the Sabahans can make their voices heard through this new platform.

    ReplyDelete
  4. All the best to Amanah on reaching their goals.

    ReplyDelete
  5. AMANAH ada perjuangan mereka sendiri. Apa pun kita tunggu saja apa yang AMANAH mampu lakukan nanti.

    ReplyDelete
  6. May Amanah brings positive changes to this country.

    ReplyDelete
  7. mungkin lebih baik jika jawatan2 dalam Amanah ini diberikan kepada ahli2 yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana2 parti politik atau tidak terlibat dengan mana2 parti politik..

    ReplyDelete