HADIR.....
Lajim Ukin (dua dari kiri) sedang ditemuramah pemberita berhubung kehadirannya
di majlis itu. Turut kelihatan pimpinan AMANAH Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih
(kedua dari kanan) dan Haji Awang Puasa (kanan sekali).
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
PELANCARAN RASMI Angkatan
Amanah Merdeka (AMANAH) Negeri Sabah di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, Kota
Kinabalu pada ahad lalu ibarat 'pucuk dicita, ulam mendatang' dianggap sebagai
satu lagi wadah rasmi kepada rakyat Sabah menyalurkan pandangan mereka.
Pelancaran AMANAH Sabah
telah dilakukan sendiri oleh Presidennya, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dibanjiri
dengan sokongan dan kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Osu Haji Sukam; Bekas Menteri Pembangunan Pertanian Negeri Sabah, Datuk
Amir Kahar Tun Datu Mustapha; Bekas Wakil Rakyat Kawasan Kuala Penya, Datuk
John O.T Ghani dan Bekas Timbalan Menteri Buruh Malaysia, Datuk Kalakau Untol.
Selain itu, Bekas Setiausaha
Kerajaaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun yang juga merupakan Aktivis
terkenal Masyarakat Sabah dan Bekas Menteri Pengangkutan Malaysia, Ong Tee Kiat
yang juga salah seorang Timbalan Presiden AMANAH Kebangsan dan Bekas Presiden
Persatuan Penguna Negeri Sabah (CASH), Datuk Patrick Sindu.
Pemimpin tempatan yang turut
hadir termasuklah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip
Bumburing merangkap Pengerusi AMANAH Negeri Sabah dan Timbalan Presiden AMANAH
Sabah, Datuk Monggoh Orow yang juga Mantan Ahli Parlimen Tuaran serta kira-kira
1,000 orang hadirin.
Mereka turut memeriahkan
pelancaran yang telah diserikan oleh persembahan kebudayaan Betitik dan Silat
Kaum Bajau Samah dari Sulaman, Persembahan Tarian Suku Kaum Murut dari Pensiangan
dan Persembahan Betitik serta Tarian dari Suku Kaum Bisaya dari Beaufort.
PEMIMPIN.....Sebahagian
pimpinan AMANAH Sabah merakamkan gambar dengan Presiden Tengku Razaleigh Hamzah
(Keempat dari kiri) selepas pelancaran itu.Turut juga kelihatan
Timbalan-timbalan Presiden AMANAH, Ong
Tee Kiat dan Tan Sri Simon Sipaun.
KENANGAN....Kelihatan
Tengku Razaleigh Hamzah (kanan) sedang menerima cenderakenangan yang
disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Monggoh Orow. Turut
menyaksikan Naib Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha
(tengah).
Pengerusi AMANAH Kawasan
Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih yang menyatakan setelah dengan rasmi AMANAH
Negeri Sabah itu dilancarkan, maka ia akan melakarkan satu lagi kegiatan NGO
yang berperanan untuk mengemblengkan suara dan tenaga ahli-ahlinya serta
penduduk pelbagai bangsa untuk menjadikan AMANAH sebagai medium cetusan harapan
Semangat Malaysia yang baru di negeri ini.
Kata Haji Ghulabdin yang
juga Mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tuaran, kewujudan pelbagai badan
politik yang selama ini menjadi saluran bagi penyebaran suara hati rakayat, tidak
dapat memenuhi harapan rakyat di mana ia didapati tidak mencukupi kerana ada
ketikanya badan-badan siasah itu tidak boleh dipergunakan secara bebas kerana
ia mempunyai had-had tertentu yang membatasi suara hati nurani dicetuskan
menerusi saluran politik.
"Sehubungan itu Saya
amat menyokong pandangan Presiden AMANAH Malaysia; Tengku Razaleigh yang mengesa
rakyat negri ini agar meruntuhkan tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap
tidak berperasaan terhadap satu sama lain; di samping mengembalikan semangat
setiakawan, persaudaraan dan persefahaman tanpa mengira kaum, agama dan fahaman
politik, " kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga
Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah.
Suara dan teguran rakyat
kepada kerajaan, kata Haji Ghulabdin, adalah intipati kebenaran dan menerusi AMANAH
disampaikan kepada Kerajaan; maka Suara Perpaduan Rakyat, Suara Solidariti dan
Suara kebangkitan dengan rakyat akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme,
perkauman, sikap melampau dan pembaziran.
Haji Ghulabdin menaruh
keyakinan bahawa suara rakyat akan terus bergema demi keadilan sejagat kerana
AMANAH akan berpegang kuat kepada prinsip integriti dan tidak akan gagal dalam
usaha untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan
dan sikap menerima satu sama lain.
Semasa Majlis Pelancaran
AMANAH itu juga telah diserahkan borang-borang penyertaan sebagai ahli dari kira-kira
3,000 pemohon dari seluruh negeri ini dan selepas pelancaran AMANAH negeri akan
juga diadakan pelancaran berperingkat-peringkat badan NGO itu di setiap Kawasan
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada masa akan datang.
moga Amanah berjaya dalam agenda dan perjuagan mereka.
ReplyDeleteAmanah perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam objektif penubuhan Amanah.
DeleteAda pemimpin yang mahu keluar parti dan sertai Amanah? macam mana dengan Wilfred Bumburing?ada khabar sejak tahun lalu beliau akan meninggalkan UPO dan sertai Amanah.
ReplyDeleteCongratulations on the launching of Amanah, the Sabahans can make their voices heard through this new platform.
ReplyDeleteAll the best to Amanah on reaching their goals.
ReplyDeleteAMANAH ada perjuangan mereka sendiri. Apa pun kita tunggu saja apa yang AMANAH mampu lakukan nanti.
ReplyDeleteMay Amanah brings positive changes to this country.
ReplyDeleteGood Luck and all the best
ReplyDeletemungkin lebih baik jika jawatan2 dalam Amanah ini diberikan kepada ahli2 yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana2 parti politik atau tidak terlibat dengan mana2 parti politik..
ReplyDelete