Sunday 10 June 2012

ANWAR AKAN DEDAHKAN AKAUN JIKA...




Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan bahawa beliau mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian.

Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit.

Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya kelmarin.

Anwar mengulas gesaan Muhyiddin kelmarin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

10 comments:

  1. dedahkan saja, tak perlu nak cari pelbagai alasan.

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat akaun bank Anwar tapi dakwaan akaun 20 orang individu yang dikawalnya.

    ReplyDelete
  3. Yang penting Anwar bagi kerjasama supaya isu ni dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  4. Anwar is chickened out??

    ReplyDelete
  5. Mulalah anwar cuba mengelak dari terdedah kebenaran dan cuba babitkan orang lain. Siapa tidak kenal dengan Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar tu mahu mengelak saja. dia memang pandai berputar belit

      Delete
  6. Anwar memang penakut kerana kebenaran. Jangan mahu mengaitka orang lain cuba buktikan dulu.

    ReplyDelete
  7. Mahu dedahkan akaun pun bersyarat. Pasti Anwar tu takut.

    ReplyDelete
  8. dia boleh pilih ba mana satu akaun yang dia mahu dedahkan.. dia boleh pilih akaun yang mana simpanannya sedikit. kenapa Anwar tidak saman saja pihak yang membuat tuduhan ini??

    ReplyDelete
  9. sepanjang kes perbicaraan liwat Anwar, beliau telah membelanjakan hampir rm10 juta untuk kos guaman beliau.. dari mana dia dapat duit sebanyak itu?? simpanan dia atau wang kerajaan negeri??

    ReplyDelete