Sunday, 10 June 2012

BN MESTI TELADANI KEKALAHAN 2008




PEMIMPIN BN dan Umno di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman lalu yang menyebabkan BN gagal membentuk kerajaan di negeri-negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Perdana Menteri berkata setelah lebih empat tahun pengalaman hitam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, pemimpin-pemimpin berkenaan sepatutnya menyedari kesilapan mereka sehingga menyebabkan kekalahan itu.

"Dah lebih empat tahun. Kalau tak belajar lagi, saya tak tahu nak kata apa. Kalau mereka rasa marah (sebab kalah), selepas empat tahun patut tak ada lagi. Kalau kecewa tak boleh kecewa lagi.

"Buat ketetapan dalam hati masing-masing rasa marah, kecewa dan hampa dah berlalu. Kini masa untuk tebus kekalahan dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Ini sahaja boleh jamin kemenangan kita," katanya pada jamuan malam bersama pemimpin BN negeri Kedah di Kulim.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jika kesilapan yang sama diulangi, (tidak) mustahil 'pisang tidak akan berbuah dua kali'.

"Apa yang penting, kita mesti bersatu dan bersedia. Tak ada pilihan lain hanya pasukan yang bersatu dan bersedia sahaja akan menang. Kena berkhidmat dan berbakti. Saya sendiri terpaksa bekerja keras. Jangan biarkan saya kerja seorang...kena bekerja satu pasukan," katanya.

Perdana Menteri berkata jika Umno dan BN hanya menjaga orang-orang tertentu atau kaum-kaum tertentu, itu bukanlah berbakti namanya.

"Umno jangan hanya jaga Melayu sahaja. Rakan-rakan kita (parti komponen BN) juga kena jaga orang Melayu dan kaum-kaum lain. Tak patut ada orang rasa terbiar. Kita kena berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan bertawakal," katanya.

Najib berkata sebagai parti dan kerajaan di peringkat pusat, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN yang lebih baik dan lebih berkemampuan serta rakyat boleh sandarkan harapan.

Katanya BN perlu meletakkan perbandingan dengan apa yang dipaparkan kumpulan pembangkang kerana pembangkang tiada pelan yang boleh dipercayai sebagaimana BN yang berpijak di bumi nyata.

"Sejak beberapa hari ini pemimpin pembangkang tak berapa nak sebut tentang Buku Jingga. Ada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) mempersendakan Buku Jingga," kata Najib.

Perdana Menteri dan isteri hari ini melawat Kedah. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di Kulim.

Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid itu.

Beliau kemudian melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di Kulim yang dikunjungi lebih 30,000 orang.

22 comments:

  1. kekalahan pada masa lalu kena dijadikan iktibar untuk BN lebih berusaha dan memperkukuhkan jentera parti.

    ReplyDelete
  2. Masing2 buat manifesto di negeri tadbiran pihak lawan. BN mahupun PR pasti akan berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menguasai semua negeri.

    ReplyDelete
  3. The portions are keep your promises and do not be so arrogant.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan BN pasti akan dapat merampas kerusi yang telah dirampas oleh PR sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. PM perlu membuktikan kepada rakyat yang mana beliau bersungguh-sungguh untuk memajukan dan membangunakan ekonomi Negara dan juga kebajikkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM memahami dan prihatin dengan masalah2 rakyat Sabah.

      Delete
  6. Kerajaan BN sentiasa membantu dan membela nasib rakyat

    ReplyDelete
  7. sebab Najib teladani pilihanraya 2008 la beliau sanggup melakukan pelbagai perubahan sepanjang tempoh 4 tahun ini malah aktif mendekati rakyat..

    ReplyDelete
  8. ANALYSIS After the 2008 general election, the prevailing belief among many has been that the Malaysian cyberspace is an opposition stronghold.

    ReplyDelete
  9. However, a study by Malaysiakini challenges the perception that the opposition is the more dominant force online, at least on Twitter.

    ReplyDelete
  10. Using social media analysis site Politweet's list of politicians as a starting point, Malaysiakini drew up a list of 30 Malaysian politicians, split evenly between Pakatan and BN.

    ReplyDelete
  11. Within Pakatan, the top five politicians of each component party - PKR, DAP and PAS - were taken to make up the 15.

    ReplyDelete
  12. An analysis of Malaysian politicians on this ubiquitous social media platform shows that BN leaders have turned the tables on their Pakatan Rakyat counterparts, at least in terms of attracting followers.

    ReplyDelete
  13. The same was done with BN's three main component parties: Umno, MCA and MIC. Leaders who were not from either Pakatan or BN component parties were excluded.

    ReplyDelete
  14. The statistics were compiled on June 14, 2012 and do not take into account users who follow multiple leaders on Twitter or changes in numbers of followers since then.

    ReplyDelete
  15. azlanThe results show that rather than Pakatan having the stronger pull on Twitter, it is BN which draws more followers, with over a million to Pakatan's 641,000 - a lead of over 300,000.

    ReplyDelete
  16. However, a closer look at the numbers suggests that it is not a clear-cut case of all BN leaders being more popular than Pakatan leaders on Twitter.

    ReplyDelete
  17. With Umno's five leaders accounting for more than 94 percent of BN's followers, it seems that the Malay-based party is the one with an edge over Pakatan, rather than the federal ruling coalition as a whole.

    ReplyDelete
  18. In fact, Umno leaders occupy five of the top 10 spots in terms of number of Twitter followers, with the rest rounded out by opposition leaders - no MCA or MIC leader made the list.

    ReplyDelete
  19. The top ten list is compiled from Malaysiakini’s study and does not account for leaders who were not included in the study.

    ReplyDelete
  20. And even within Umno, it seems to be Prime Minister Najib Abdul Razak who is pulling in the numbers, as his follower count is about two-thirds of Umno's.

    ReplyDelete
  21. With about 659,000 followers, he outstrips all of Pakatan's 15 leaders combined, with arch-rival Anwar Ibrahim only attracting 165,000 people.

    ReplyDelete