Oleh : AMIR ANUAR
TAWAU: Seramai 19 ditahan,
termasuk seorang pegawai JPN. Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket
‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah
Tawau, Superintendan Keong Ho Eng, berkata kejayaan itu merupakan tangkapan
terbesar yang direkodkan melibatkan kes-kes penipuan dokumen pengenalan diri
oleh pihak JSJK di Tawau sepanjang tahun ini.
“JSJK telah menahan seramai
16 individu di sebuah hotel di sini pada 25 Mei lalu kira-kira jam 11 malam
dalam serbuan yang diketuai oleh Inspektor Siva Prakash di sebuah bilik hotel
berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau di sini kelmarin.
Beliau menjelaskan bahawa
penangkapan 16 individu terbabit termasuk seorang wanita itu turut membawa
kepada tiga lagi penahanan susulan.
Tambahnya, tiga individu
terlibat termasuk pegawai JPN terbabit ditangkap dalam tempoh di antara 26
hingga 28 Mei lepas dan lima daripada mereka yang ditangkap telahpun didakwa di
Mahkamah Tawau dan Lahad Datu.
“Pegawai berusia 52 tahun
itu termasuk seorang lagi suspek didakwa di Mahkamah Lahad Datu, manakala tiga
orang lagi yang terdiri daripada dua lelaki Semenanjung dan seorang lelaki
tempatan didakwa di Tawau,” katanya.
Mengenai serbuan di hotel
berkenaan, pihak polis mendapati sindiket terbabit sedang menguruskan hal-hal
pendaftaran pemprosesan dokumen palsu mangsa-mangsa mereka yang dipercayai
terdiri daripada warga asing.
Beliau menjelaskan hasil
siasatan lanjut juga mengesahkan bahawa sembilan daripada individu terlibat
merupakan lelaki warga Malaysia, lapan lelaki warga Pakistan, seorang lelaki
berketurunan Jawa Indonesia dan seorang wanita warga Filipina.
Menurutnya, JSJK turut
merampas sebuah beg, 107 borang pendaftaran membuat MyKad (belum berisi), lima
borang yang dilengkapi cap jari dan gambar, sembilan sijil lahir, dua borang
Bantuan Rakyat 1Malaysia, satu ‘stampad’, lima buku cek dan wang tunai RM1,000.
“Modus operandi sindiket ini
kita percaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta
mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000,
gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.
“Malah, sindiket ini juga
dipercayai menggunakan jawatan lelaki terbabit sebagai pegawai JPN di Putrajaya
dan menggunakan borang-borang pendaftaran yang asli untuk menyakinkan orang
ramai supaya mempercayai kegiatan mereka adalah sah di sisi undang-undang.
“Kita percaya mereka bergiat
aktif di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna, bagaimanapun setakat
ini belum ada seorangpun mangsa penipuan sindiket ini yang tampil untuk membuat
laporan di Semporna,” katanya.
Sehubungan itu, beliau
menyeru kepada orang ramai khususnya mangsa-mangsa penipuan sindiket terbabit
agar tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pendakwaan dilakukan
terhadap anggota sindiket berkenaan.
Beliau berkata, pihak polis
juga telah mendapatkan kepastian daripada pihak JPN berhubung status pegawai
JPN terbabit yang difahamkan sedang bercuti dan anggota sindiket itu
menjalankan proses pendaftaran di luar pejabat JPN sebagai mencurigakan.
Utusan Borneo difahamkan,
siasatan dan pendakwaan kes itu dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen
1959/63.
tahniah atas kejayaan ini, teruskan lagi usaha dalam banteras sindiket seperti ini.
ReplyDeleteini cuma sebilangan kecil, usaha harus diteruskan untuk membasmi dan mencegah projek ic dan dokumen palsu.
Deleteapabila RCI ditubuhkan nnti, pasti lebih byj sindiket melibatkan ic palsu dan PATI dan ditumpaskan.
ReplyDeleteKami mengharapkan sesuatu yang lebih positif.
DeleteSyabas JSJK IPD Tawau atas kejayaan membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ ini!
ReplyDeleteTeruskan usaha, banyak lagi berleluasa di merata Sabah.
Deletekepada mereka yang menyalahgunakan kuasa harus disiasat dan diambil tindakan undang2 yang keras
ReplyDeleteUndang-undang harus bertindak kepada mana-mana pihak yang salah dari sisi undang-undang.
Delete“Kita percaya mereka bergiat aktif di sekitar daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna, bagaimanapun setakat ini belum ada seorangpun mangsa penipuan sindiket ini yang tampil untuk membuat laporan di Semporna,”
ReplyDeletesememangnya daerah2 yang disebut di atas memang ramai PTI...
semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeletesemoga TOR yang akan disediakan oleh pihak Najib/JPN sudah hampir siap diumumkan
ReplyDeleteKeep up the good work. Hopefully more fake IC syndicates will be exposed.
ReplyDeleteHopefully RCI will be set up soon so that more of this syndicates will be exposed.
ReplyDeleteTeruskan memberkas sindiket2 IC palsu. pasti banyak lagi yang bebas di luar sana.
ReplyDeleteBetul, pihak berkuasa harus sentiasa memantau aktiviti golongan yang menggunakan dokumen palsu ini.
DeleteKalau ada pegawai JPN terbabit dengan pemalsuan IC, tidak mustahil ada lagi antara penjawat dalam jabatan kerajaan lain yang terlibat sama. siasatan perlu dibuat dari masa ke semasa.
ReplyDeletePM will any necessary action to resolve the illegal immigrants issues.
ReplyDeleteThe panel play an important role to make details investigation.
ReplyDeleteHope RCI can reveal the truth and surely the result will surprise the people.
ReplyDeleteI bet there many more fake ic syndicates in Sabah. Keep up the good work!
ReplyDeleteSiapakah yang memberi ic palsu? itu juga kerja orang Malaysia juga. Satu sindiket yang mengecewakan.
ReplyDeleteKerajaan tidak harus berdiam diri dan membiarkan isu ini berterusan.
ReplyDeleteTahniah kepada pihak polis dan berkuasa kerana dapat menumpaskan sedikit sendikit ini.
ReplyDeleteTangkap mereka yang mendalangi IC projek
DeleteTeruskan operasi mengenai sindiket ini.
ReplyDeletethe big fish need to be arrested.
ReplyDeletesyabas kepada anggota polis Sabah.. teruskan usaha membanteras sindiket2 IC palsu di negeri ini.. jangan biarkan mereka terus mengaut keuntungan dengan 'menjual' nama kerajaan..
ReplyDeletekalau tidak silap, sebelum ini pun polis pernah membuat tangkapan di Tawau bagi kes yang sama.. kenapa Tawau sering menjadi lokasi sindiket2 ini??
ReplyDelete