Thursday 7 June 2012

ASTRO PENIPU ATAU AGEN CULAS?




Saudara Pengarang,

Saya saya adalah pemegang akaun ASTRO 0856226051-0855743785 yang telah dihubungi oleh kakitangan astro oktober lepas dan ditawarkan pakej astro PVR dan baru-baru ini april 2012 didatangi oleh agen yang dilantik Astro untuk memasang PVR.

Mereka meminta bayaran pemasangan sebanyak RM300 untuk dua dekoder; namun malangnya hanya dipasang satu unit sahaja dan setelah hampir dua bulan dekoder kedua belum juga dipasang.

Walaupun telah berulang kali saya berhubung dengan pihak Astro dan Agen yang dilantik, namun masalah saya belum juga selesai. Beginikah perkhidmatan saluran berbayar Malaysia yang baru-baru ini mendapat anugerah; tetapi dalam masa yang sama dibanjiri pelbagai keluhan.

Sehubungan itu, kerajaan perlu mempertimbangkan saluran berbayar alternatif termasuk penggunaan PARABOLA di Sabah dan Sarawak agar pihak Astro tidak besar kepala terhadap pelanggan.

Salam Hormat,

PENGGUNA TERANIAYA

12 comments:

  1. Ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang menyokong penggunaan parabola ni sebab Astro bagi perkhidmatan kurang memuaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti Astro kurang memuaskan, sudahlah kena byk mahal. Astro perbaikilah perkhidmatan mereka.

      Delete
  2. Previously Datuk Yee Moh Chai have urged the government to allow the Parabolic dish to be used legally in the state. Hope that this request is approved.

    ReplyDelete
  3. Astro should not be allowed to monopolize the market.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya Astro masih tidak serik dengan servis yang buruk ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada saingan pasti Astro akan meningkatkan kualiti siaran dan services.

      Delete
  5. Parabola would be better than Astro. Still no news on the parabola proposal?

    ReplyDelete
  6. Agen tu hanya cari makan saja. Kuli2 juga tu. Astro monopoli sebab tu tiada kualiti.

    ReplyDelete
  7. beginilah bila syarikat itu berada dalam kedudukan selesa tanpa sebarang pesaing..

    ReplyDelete
  8. lebih baik jika kerajaan dapat meluluskan penggunaan parabola di negeri ini memandangkan perkhidmnatan Astro semakin teruk dan tidak mesra pelanggan..

    ReplyDelete
  9. Saya kongsikan alternatif terbaik untuk berjimat tapi dapat tgk semua channel yg ada ditawarkan oleh stesen TV satelit di Malaysia..cuma RM30 sebulan!

    http://channelmurah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. salam..sy rasa kenyataan nie tidak benar...pemasangan sebanyak RM300 untuk dua dekoder???? PEMBETULAN pemasangan pvr tidak memerlukan dua dekoder...

    ReplyDelete