ROSAK....Beginilah
sebahagian besar jalan yang digali oleh kontraktor menanam paip air yang tidak
diselenggara dengan sempurna sehingga menyukarkan ramai penduduk kampung
menghadapi masalah prasarana asas.
Oleh : JAYANTHI GEETHA
SUKUMARAN
PROJEK Sistem Bekalan Air
Kg. Tingkayu, Kunak, Sabah yang dilaksanakan melalui Tender Terhad KKLWT.
50/2011 oleh Protokol Juta Sdn Bhd dengan kos sejumlah RM16,005,736 bagi tempoh
selama 18 bulan merupakan 'batu asah' untuk menyembelih leher Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pada
PRU-13.
Ketua Penerangan Angkatan
Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan demikian
sebagai mengulas rungutan penduduk kampung Tingkayu dan sekitarnya yang menghadapi
masalah sejak projek berkenaan dilaksanakan tahun lalu.
"Kita bukan sahaja
menghadapi masalah catuan bekalan air yang terlalu lama, malah terputus bekalan
air seiap hari dan ada kawasan yang langsung tidak mendapat bekalan air sejak
tahun lalu," kata Citra yang membayangkan pihaknya mungkin terpaksa
melaksanakan amaran yang dibuat tahun lalu iaitu untuk mengirim air kencing
kepada Perdana Menteri jika masalah bekalan air di Kunak tidak di atasi segera.
Kata Citra, pihaknya bukan
sahaja menghadapi masalah meter air palsu dan kontraktor pemasangan paip yang
tidak bertauliah, malah kontraktor dan sub-kontraktor yang langsung tidak
berkelayakan dan menggunakan tenaga pendatang asing tanpa izin setelah kontrak
berkenaan diserahkan kepada beberapa sub-kontraktor.
Akibatnya, mutu kerja
langsung tidak memuaskan iaitu kegagalan kontraktor menutup semula lubang yang
digali atau permukaan jalan yang telah ditanam paip sehingga banyak kenderaan
terkandas.
"Kita sudah banyak kali
mengadu tetapi Juruperunding Jabatan Air dan Sub-Kontraktor besar kepala. Jadi
kita memberi amaran jika masalah kerosakan jalan raya akibat kerja penanaman
paip kita akan mengadakan sekatan jalan dan demonstrasi," kata Citra yang
memaklumkan penduduk Kunak sudah muak dengan janji Ahli Parlimen Silam dan Adun
Kunak.
Kerja kontraktor dan sub-kontraktor ni perlu dipantau sehinggalah selesai untuk pastikan kualiti kerja yang bagus dan tidak timbul banyak komplen dari penduduk.
ReplyDeletejika kualiti kerja mereka tidak baik, kenakan tindakan pada mereka.
DeletePihak berkuasa harus memantau perkembangan projek.
DeleteAduan harus mengambil tindakan wajar untuk menyelesaikannya.
DeleteBetul..Bagi kontraktor yang tidak mempunyai kualiti kerja yang baik seharusnya dibuang dari senarai pemberian projek.
DeleteHope that the damaged road due to the pipe laying project can be fixed.
ReplyDeleteThis damaged road have been causing inconvenience to the local villagers.
ReplyDeleteMereka yang sengsara sahaja yang tahu betapa penting jalan untuk mereka.
DeleteSistem jalanraya harus wajar agar tidak membebankan rakyat dan membawa masalah.
ReplyDeleteProjek pembangunan harus dijalankan tanpa membawa apa-apa masalah jalanraya juga.
ReplyDeletekontraktor harus bertanggung jawab untuk membaiki kerosakan yang berlaku semasa projek pembangunan.
ReplyDeleteUrusan projek harus dibuat dengan berhati-hati untuk memastikan mencapai kejayaan.
ReplyDeletePihak kontraktor harus menyelesaikan masalah yang ditimbul semasa projek dijalankan.
ReplyDeleteKerajaan harus mengetatkan undang-undang agar masalah yangberlaku semasa projek pembangunan, pihak kontraktor harus bertanggung jawab.
ReplyDeleteHarapkan tindakan yang wajar diambil serta merta.
ReplyDeletePerlu disiasat,betul atau tidak ada terjadinya macam tu.
DeleteKontraktor yang diamanahkan ini memang perlu disenarai hitam kerana telah menjejaskan nama kerajaan.
ReplyDeleteNo responsible officers to come and check the project's progress every month? The locals should learn how to do water-works instead of letting the foreigners to do the works.
ReplyDeleteBetulkah ni perkara??
ReplyDeletesepatutnya penduduk kampung pun boleh gotong royong ba tu.. apa salahnya mereka timbus saja lumbang itu daripada membiarkan lubang itu terus membesar sehingga menyusahkan kenderaan2 mereka sendiri?
ReplyDeletesyukurla kampung ini sudahpun memiliki jalan bertar.. lubang tu cuma masalah kecil yang sepatutnya boleh diatasi sendiri oleh penduduk kampung..
ReplyDeletekalau masih juga tidak puas hati.. minta saja mana2 kenderaan yang telah mengalami kerosakan kesan dari lubang yang tidak diundang itu untuk buat laporan polis dan tuntut gantirugi sekali dengan pembaikan semula lubang itu..
ReplyDelete