Sunday 17 June 2012

CUBAAN JUAL BAYI TUMPAS




DISELAMATKAN.....Pihak polis membawa bayi perempuan tersebut ke balai polis sementara siasatan dijalankan.

Oleh :  JEREMY LANSON.

KUCHING: Cubaan seorang wa-nita warga asing menjual bayinya yang baharu tiga hari di- lahirkan tidak kesampaian sele- pas berjaya dikesan pihak polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC, Datuk Zulkifli Hassan berkata, bayi perempuan tersebut yang dijual dengan harga RM17,000 dijumpai semula dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di MJC, Batu Kawa di sini sekitar jam 7 pagi semalam.

Menurutnya, penemuan itu juga adalah hasil daripada risikan yang membawa kepada penangkapan seorang lelaki, 51, berbangsa Cina yang dipercayai menjadi ‘orang tengah’ dalam proses penjualan bayi tersebut.

“Satu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) telah berjaya menahan seorang lelaki Cina yang dipercayai orang tengah di sebuah kedai makan di MJC se-kitar jam 6.50 pagi tadi (sema- lam).

“Lelaki yang berasal dari Jalan Pisang Barat itu kemudian mem-bawa pihak polis ke sebuah premis di mana bayi tersebut ditempatkan di bawah jagaan tiga orang wanita tempatan berusia lingkungan 19 hingga 28 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kejadian tersebut semalam.

Menurut Zulkifli lagi, hasil siasatan lanjut membolehkan pihak polis berjumpa dengan ibu bayi berkenaan di sebuah bilik di atas sebuah rumah kedai tidak jauh dari tempat bayi tersebut ditemui.

“Selepas siasatan lanjut dijalankan, lelaki tersebut telah membawa pihak polis ke sebuah bilik juga di MJC yang kemudian membawa kepada penangkapan ibu bayi perempuan tersebut,” katanya.

Zulkifli menambah, siasatan awal mendapati ibu bayi tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai orang gaji telah melahirkan anaknya pada Rabu lepas di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Bagaimanapun, wanita tersebut yang tidak pernah berkahwin dipercayai nekad untuk menjual bayi-nya pada harga RM17,000 dengan bantuan lelaki berkenaan.

“Lelaki yang dipercayai orang tengah dan ibu bayi tersebut kini ditahan reman dan kes ini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“Bayi tersebut juga telah dihantar ke HUS untuk menjalankan ujian DNA (Deoxyribonucleic Asid),” katanya. (UB)

7 comments:

  1. inilah warga asing, mcm2 kegiatan dorang buat, sampai bayi sendiri hendak dijual.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas kerjasama daripada penduduk akhirnya penjual bayi dapat ditumpaskan.

    ReplyDelete
  3. Masyarakat memainkan peranan penting untuk memberikan maklumat berhubung pelbagai jenayah di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  4. Ada juga yang mahu beli bayi warga asing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la. tapi human trafficking ni perlu ditumpaskan

      Delete
  5. Sindiket jual bayi perlu dikesan dan ditumpaskan.

    ReplyDelete
  6. pandai buat tapi tidak pandai bertanggungjawab.. dia ingat bayi ni sama macam barang2 yang keluar dari kilang ka?

    ReplyDelete