DISELAMATKAN.....Pihak
polis membawa bayi perempuan tersebut ke balai polis sementara siasatan
dijalankan.
Oleh : JEREMY LANSON.
KUCHING: Cubaan seorang
wa-nita warga asing menjual bayinya yang baharu tiga hari di- lahirkan tidak
kesampaian sele- pas berjaya dikesan pihak polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Negeri SAC, Datuk Zulkifli Hassan berkata, bayi perempuan tersebut yang
dijual dengan harga RM17,000 dijumpai semula dalam satu serbuan ke atas sebuah
premis di MJC, Batu Kawa di sini sekitar jam 7 pagi semalam.
Menurutnya, penemuan itu
juga adalah hasil daripada risikan yang membawa kepada penangkapan seorang
lelaki, 51, berbangsa Cina yang dipercayai menjadi ‘orang tengah’ dalam proses
penjualan bayi tersebut.
“Satu pasukan polis dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) telah berjaya menahan seorang lelaki Cina yang
dipercayai orang tengah di sebuah kedai makan di MJC se-kitar jam 6.50 pagi
tadi (sema- lam).
“Lelaki yang berasal dari
Jalan Pisang Barat itu kemudian mem-bawa pihak polis ke sebuah premis di mana
bayi tersebut ditempatkan di bawah jagaan tiga orang wanita tempatan berusia
lingkungan 19 hingga 28 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika diminta untuk mengulas mengenai kejadian tersebut semalam.
Menurut Zulkifli lagi, hasil
siasatan lanjut membolehkan pihak polis berjumpa dengan ibu bayi berkenaan di
sebuah bilik di atas sebuah rumah kedai tidak jauh dari tempat bayi tersebut
ditemui.
“Selepas siasatan lanjut
dijalankan, lelaki tersebut telah membawa pihak polis ke sebuah bilik juga di
MJC yang kemudian membawa kepada penangkapan ibu bayi perempuan tersebut,”
katanya.
Zulkifli menambah, siasatan
awal mendapati ibu bayi tersebut yang sebelum ini bekerja sebagai orang gaji
telah melahirkan anaknya pada Rabu lepas di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Bagaimanapun, wanita
tersebut yang tidak pernah berkahwin dipercayai nekad untuk menjual bayi-nya
pada harga RM17,000 dengan bantuan lelaki berkenaan.
“Lelaki yang dipercayai
orang tengah dan ibu bayi tersebut kini ditahan reman dan kes ini disiasat di
bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
“Bayi tersebut juga telah
dihantar ke HUS untuk menjalankan ujian DNA (Deoxyribonucleic Asid),” katanya.
(UB)
inilah warga asing, mcm2 kegiatan dorang buat, sampai bayi sendiri hendak dijual.
ReplyDeleteTahniah atas kerjasama daripada penduduk akhirnya penjual bayi dapat ditumpaskan.
ReplyDeleteMasyarakat memainkan peranan penting untuk memberikan maklumat berhubung pelbagai jenayah di Negara kita ini.
ReplyDeleteAda juga yang mahu beli bayi warga asing?
ReplyDeleteEntah la. tapi human trafficking ni perlu ditumpaskan
DeleteSindiket jual bayi perlu dikesan dan ditumpaskan.
ReplyDeletepandai buat tapi tidak pandai bertanggungjawab.. dia ingat bayi ni sama macam barang2 yang keluar dari kilang ka?
ReplyDelete