Sunday, 17 June 2012

KKLW GAGAL LAKSANAKAN NKRA DI SABAH




Saudara Pengarang,

KEMENTERIAN Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) gagal secara total melaksakan projek Bekalan Air Luar Bandar di seluruh Sabah termasuk Kunak, Keningau dan Tenom sehingga Perdana Menteri membuat keputusan nekad meluluskan pinjaman RM235 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk membina sebuah loji rawatan air bersih di Keningau.

Sebagai Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, saya menerima pelbagai rungutan dan aduan; sebahagian besarnya telah disampaikan oleh pengadu kepada Perdana Menteri sendiri melalui twitter dan facebook; manakala selebihnya disampaikan kepada AMK secara bersemuka, terutama dalam sesi lawatan kami ke pedalaman baru-baru ini.

Memang agak mengejutkan kerana Menteri KKLW, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah membazirkan wang NKRA dengan melakukan projek 'Top-Up' di Tenom yang diserahkan kepada kroninya, Senator Datuk Chin Su Phin dan Datuk Peter Anthony.

Siasatan kami mendapati, Shafie telah menyalahguna kuasa dan memperdaya Kementerian Kewangan agar meluluskan dua kontrak baru Skim Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bagi Projek BALB Sistem Retikulasi Tahun 2011/2012 Negeri Sabah Zon 16B, Tenom, Sabah (KKLW.T.98/2011) yang dilaksanakan Poteck Enterprise Sdn Bhd (Milik Chin Su Phin) dengan kos RM10,422,536.00 dan Projek Sistem Bekalan Air Tenom, Sabah, Fasa 2, (KKLW.T .188/2011 yang dilaksanakan oleh Asli Jati Engineering Sdn.Bhd. (Milik Peter Anthony) dengan kos RM28,888,888.00.

Walaupun begitu banyak peruntukan diberikan, namun agak malang kerana isu 'Paip Air Menari Lansaran' dan keruncingan bekalan air di Tenom yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi tahun lalu tidak juga berjaya diatasi oleh KKLW.
Pinjaman sejumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah tersebut merupakan hadiah politik kepada rakyat kerana menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri sudah bosan dengan kegagalan Shafie Apdal memacu pembangunan luar bandar melalui NKRA.

Aduan rakyat termasuk AMK PKR selama ini sama ada melalui media atau aduan terus mendapat perhatian Perdana Menteri dan diharap masalah bekalan air di Kunak yang berlarutan sejak sekian lama akan diatasi segera oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, AMK berharap agar pinjaman berkenaan dapat dilunakkan menjadi Gran atau Bantuan langsung bagi membasmi kemiskinan di Sabah melalui lonjakan prasarana terutama bekalan air luar bandar.

Salam Hormat,

CITRA MASADI

19 comments:

  1. Nampaknya sistem bekalan air ini perlu diambil serius untuk memastikan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  2. Masalah air masih lagi berlaku dikawasan-kawasan pendalaman. Teruskan usaha memastikan bekalan air ini dapat diatasi secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan persekutuan bersetuju meluluskan pinjaman bernilai 235juta kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah loji rawatan air bersih di keningau untuk menampung keperluan air bersih yang semakin meningkat.

      Delete
  3. Bekalan asas seperti air harus dibekalkan dalam kualiti yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Siasatan dan tindakan harus diambil jika Shafie betul-betul menyalahgunakan kuasa.

    ReplyDelete
  5. Masalah air di Kunak haras ditanggani dengan baik supaya penduduk disana disalurkan air yang berkualiti dan tidak menjejas kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Janji mesti dikotakan. Projek mesti dilaksanakan ikut perancangan.

    ReplyDelete
  7. rasanya penjelasan sudah pun diberikan oleh pihak KKLW..

    ReplyDelete
  8. semua keperluan asas baik di bandar atau luar bandar harus disediakan...dan kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan dan keperluan yang makin meningkat..

    ReplyDelete
  9. Keperluan asas perlu di sediakan terutama di kawasan luar bandar, PM kita telah mengumumkan pinjaman bernilai 235 juta untuk membina loji rawatan air bersih di Keningau. Satu berita yang mengembirakan penduduk.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan sudah sedaya upaya membanu rakyat untuk mendapat kehidupan yang baik.

    ReplyDelete
  11. Kualiti bekalan air harus diutamakan.

    ReplyDelete
  12. moga-moga projek naik taraf dapat dijalankan dengan sempurna.

    ReplyDelete
  13. bekalan air harus dalam keadaan selamat untuk diguna agar tidak menjejas kesihatan dan nyawa pengguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jabatan berkenaan perlu bertindak segera dan pastikan masalah tidak berulang

      Delete
  14. Siasatan kami mendapati, Shafie telah menyalahguna kuasa dan memperdaya Kementerian Kewangan agar meluluskan dua kontrak baru Skim Bekalan Air Luar Bandar

    Pihak berkuasa harus bertindak sebab ada pihak menyalahgunakan kuasa.

    ReplyDelete
  15. Walaupun begitu banyak peruntukan diberikan, namun agak malang kerana isu 'Paip Air Menari Lansaran' dan keruncingan bekalan air di Tenom yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi tahun lalu tidak juga berjaya diatasi oleh KKLW.

    Ini amat mengecewakan. Peruntukan diberi tetapi masalah masih berkekalan.

    ReplyDelete
  16. Betul ka perkara ni, perlu disiasat dan tindakan segera

    ReplyDelete
  17. gagal secara total dalam menyalurkan bekalan air?? si Citra boleh selesaikan masalah air sekali untuk selama2nya?? dia tahukah berapa jumlah penduduk 5 atau 10 tahun akan datang?? sedangkan negara China yang maju pun masih berhadapan dengan masalah bekalan air sehingga hari ini..

    ReplyDelete