Sunday 3 June 2012

MAHATHIR ORANG PERTAMA HARUS DISIASAT RCI




Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM : “Orang pertama yang harus disiasat dan didakwa berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).

Beliau berkata demikian ketika di hubungi TV Selangor berhubung cubaan kerajaaan pusat kononnya mahu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah baru-baru ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) mahu kerajaan pusat bukan sekadar menubuhkan RCI berhubung isu PATI di Sabah malah di seluruh negara sahaja sekiranya kerajaan ikhlas mahu menangani isu tersebut secara telus.

Gesaan itu disifatkan wajar kerana isu pendatang asing turut berlaku di kawasan-kawasan lain seluruh negara sejak sekian lama.

Menurutnya, perkara itu sudah menular sejak dari zaman pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab membawa masuk lebih setengah juta pendatang asing ke Sabah pada era 1980′an lalu untuk menjatuhkan kerajaan PBS, pimpinan Datuk Pairin Kitingan.

“Saya menyambut baik penubuhan RCI ke arah untuk menyelesaikan atau penyiasatan terhadap isu kad pengenalan palsu yang diberikan Tun Dr Mahathir sehingga sekarang. Kerajaan kononnnya nak tunjukkan sikap prihatin mereka terhadap isu ini di Sabah.

“Dr Mahathir harus menjadi sasaran utama suruhanjaya ini kerana masalah ini sudah menular sehingga merosakkan daftar pemilih kita. RCI juga boleh ditubuhkan jika benar-benar mahu bersihkan pilihan raya untuk ambil hati pengundi,” tegasnya.

Apa yang menjadi keutamaan katanya, RCI perlu dilaksanakan secara efisyen supaya ia tidak menjadi siasatan dangkal yang akhirnya gagal membongkarkan siapa yang bersalah.

Jelasnya, ketelusan dalam melakukan siasatan adalah penting kerana ia membabitkan soal masa depan negara terutama terhadap generasi muda.

“Bagi saya jelas bahawa RCI perlu melihat apakah hasil siasatannya. Kita boleh bercakap apa sahaja malah Tun Dr Mahathir boleh menafikannya, tetapi RCI seharusnya meneliti sehingga kita boleh membongkarkan siapa sebenarnya yang terlibat serta puncanya. Mesti ada pihak yang bertanggungjawab kerana isu kad pengenalan adalah masalah yang tidak pernah selesai,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

22 comments:

  1. jangan dulu ketawa basar bila si najip umum RCI akan ditubuhkan..kita tingu dulu siapa yg akan jadi ketua dia, jadi ahli panel dia..kalau durang lantik si harris salleh atau datu akjan sultan sabah tu yang jadi ketua atau ahli RCI ne ibarat suruh pipit jaga kabun sawah la kejadiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. If the panel members are someone like Harris salleh or datu akjan, the people will surely rebel.

      Delete
    2. pastikan panel yang dilantik adalah mereka yang bebas dari mana2 pihak.

      Delete
    3. Agree, panel members should free from any politic party.

      Delete
  2. Najib said the RCI will be implemented after the Terms of Reference have been finalized.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sooner or later we will have our RCI set up in sabah.

      Delete
    2. Prompt action must be taken to highlight the PATI issue.

      Delete
  3. Hope that the RCI will help resolve the illegal immigrant and Project IC in Sabah.

    ReplyDelete
  4. dgn RCI moga isu PATI dan projek IC dpt diatasi.

    ReplyDelete
  5. Siasatan RCI perlu melibatkan pihak luar yang berkecuali kerana dikhuatiri akan berlaku manipulasi jika 'orang sendiri' yang siasat. Jika benar Dr. M gunakan cara sedemikian untuk jatuhkan PBS dahulu, ianya sangat memalukan.

    ReplyDelete
  6. Siapakah yang memulakan projek ic? Pihak yang meneruskan projek ini juga harus disiasat.

    ReplyDelete
  7. Hoping the federal sincere to setup RCI.

    ReplyDelete
  8. Pihak imigresen dan JPN harus juga disiasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapkan RCI berfungsi dengan baik untuk mencari punca masalah PATI dan projek IC.

      Delete
  9. Terpulang dengan RCI untuk menyiasat siapa yang terlebih dahulu mengenai pemberian Mykad Palsu ini.

    ReplyDelete
  10. RCI harus berfungsi tanpa kawalan mana-mana jabatan atau parti.

    ReplyDelete
  11. Mereka yang diragui harus juga disiasat termasuk jika Tun Mahathir terlibat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. sudah pasti. mereka yang meragukan harus disiasat. Jangan ada yang terlepas.

      Delete
  12. Implementation also another hard work.

    ReplyDelete
  13. Siapakah harimau dibelakang cermin ini?

    ReplyDelete
  14. Tunggu saja TOR, proses TOR sedang peringkat akhir. Pelaksanaan RCI harus tegas untuk mencapai objektif penubuhan.

    ReplyDelete
  15. sibuk pula si Badrul Hisham ni.. dia pun mahu jadi hero ka? kenapa dia tidak sebut sekali Anwar? tidak mustahil Anwar juga terlibat memandangkan beliau adalah TPM dan menteri kewangan ketika projek IC ini beroperasi..

    ReplyDelete